Alhamdulillah, dapat jugak buat laksam. Hehe. Air tangan sendiri ^_^
Ok, selamat mencuba. ^_^
Ok, disebabkan ramai yang bertanya saya pasal resepi buat laksam ni..saya nak berkongsi dengan anda semua lah. Mana tahu nak buat untuk suami dan anak-anak kan.
Resepi kuah laksam:
1. Setengah kilogram ikan selayang@ikan kembung
2. 10 ulas bawang merah
3. Sesudu lada hitam
4. 3 keping asam keping
5. Seinci halia
6. Setengah kilo santan
7. Gula
8. Garam
Bahan-bahan yang diperlukan
Rebus ikan kembung. Kemudian, asingkan isi dan tulang. Lepas tu tumbuk isi ikan itu sampai lumat
Ikan kembung yang dah siap ditumbuk
Gaulkan semua bahan-bahan tadi ke dalam santan hingga sebati. Kemudian letakkan atas dapur dan mula panaskan. Kacau dan kacau sehingga naik bau dan masak. Tambahkan air jika ia pekat.
Akhir sekali tambahkan sedikit garam dan gula ke dalam kuah laksam ini.
Jika ingin kisar dengan pengisar pon boleh. Cuma jangan terlalu hancur. Sebab nak bagi rasa ikan. Tapi jika minat untuk betol-betol hancur ikan dan bahan-bahan ini pon tiada masalah.
Kuah laksam di atas dapur ^_^
Ok. Resepi kuah laksam dah siap.
Ni nak kongsikan pula bagaimana resepi buat laksam.
1. Tepung beras 500gram
2. Air panas 2 cawan
3. Air sejuk 6cawan
Memandangkan ini adalah kali pertama saya membuat laksam, memang banyak yang perlu saya belajar. Hehe..
Mula-mula, laksam saya jadi macam lempeng. Hehe. Rupa-rupanya sebab air kurang. Jadi saya tambah lagi secawan air sejuk. Tengok perkembangan bagaimana laksam saya ni. 2 ke 3 kali juga mencuba. Sebab cawan kita kan berbeza. Hehe.
Mula-mula letakkan tepung beras dalam bekas. Lepas itu masukkan air sejuk. Kemudian masukkan air panas dan kacau kacau kacau hingga sebati dan betol-betol cair. Kenapa air panas? Sifu laksam saya cakap sebab nak ia cantik dan sedap la. Hehe.
Laksam yang akhirnya menjadi adunannya
Bagaimana mahu tahu adunan tepung beras ini betol-betol sesuai untuk dijadikan laksam? Ia adalah: adunan ini tidak melekat langsung di senduk dan ia tidak patah serta tidak merekah.
Letakkan minyak di tudung periuk atau talam atau pon loyang. Lepas tu letakkan 2 ke 3 senduk tepung beras ke dalamnya. Lepas tu letakkan dalam pengukus. Saya tiada pengukus. Jadi guna kreativiti sendiri untuk jadikan periuk biasa sebagai pengukus hehe.
Kemudian, tutup pengukus tu. Laksam boleh diangkat selepas nampak ia menggelembung. Peringatan: perlu betol-betol tutup pengukus rapat-rapat dengan penutup supaya cepat masak laksam tu. Tidak perlu balik-balikkan laksam itu.
Bila angkat, tunggu ia sejuk sedikit. Kemudian boleh gulung laksam tu perlahan-lahan.
Gambar laksam saya masa gulung tak diambil la pulak. Jadi pinjam gambar difu laksam saya lah. Hehe
Ni peminat tegar laksam
Kemudian saya potong ulam-ulaman. Tauge, kacang panjang je ada kat kedai. Jadilah. Hehe. Lepas tu saya blend cili padi untuk buat sambal. Sebab suami suka pedas-pedas. Tambah gula dan garam sikit dalam sambal tu.
Haaa inilah rupa laksam pertama buatan saya 100%. Jadilah. Nak makan sendiri..Heheeh
Ok, selamat mencuba. ^_^
Master ira
Zahirahhafizan@gmail.com
Comments