Salah satu ‘concern’ terhadap bayi yang menyusu ibu adalah kekurangan zat besi selepas usianya 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Dan kenapa zat besi? Saya telah berbincang dengan pakar kanak-kanak yang selalu kami kunjungi, kerana beliau seorang pro-breastfeeding. Kata beliau, biasanya selepas 6 bulan, bayi sudah diberi makan, dan mungkin frekuensi minum susu berkurangan dari biasa. Jadi, kebanyakan ibu akan mula datang haid tatkala bayi berusia 6 bulan. Ketika kedatangan haid, wanita kehilangan sehingga 15% zat besi tubuhnya. Apabila tubuh ibu kehilangan zat besi, bekalan zat besi kepada susu ibu juga turut menyusut. Zat besi kebanyakannya terdapat dalam sel darah merah, iaitu sebanyak 70%. Kepentingan zat besi: Untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah Untuk pembentukan myoglobin dalam otot Membawa oksigen ke seluruh badan Penggunaan tenaga yang optimum. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan : Anemia ADHD Kelesuan dan keletihan Zat besi amat penting untuk perkemb...