Angin dengan ibu mengandung boleh dikatakan ‘kawan baik’. Kenapakah ibu mengandung mudah mengalami badan berangin walaupun tak makan makanan bersulfur? Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb. Bagaimana untuk mengurangkan simptom angin di kalangan ibu hamil: 1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber Tapi awas… Jangan terlebih fiber pula, fiber berlebihan boleh menyebabkan angin. 2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses. P...