Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jaundis

Jaundis pada bayi baru lahir~Adakah ia merbahaya?

Hari ni saya nak bercerita mengenai jaundis. Yelah, saya baru je melahirkan anak 8 ari yang lepas. Husna ada jaundis sikit. Tapi ia dah berkurang. Jadi memang sah2 la saya cari info pasal jaundis ni kan..hehe..jadi boleh share dengan kawan2 di luar sana. Jemput baca ye. Say petik info ni dari sini . Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir? Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bay...

Penawar terbaik untuk bayi jaundis (kuning)

Credit Malam ahad lalu saya menerima pesanan ringkas melalui handphone dari seorang teman yang dah lama tidak saya temui…. Beliau bertanya tentang pengalaman saya menjaga anak saya kuning (selepas lahir). Saya menjawab mesej tersebut dengan ringkas dan padat. Namun jauh di sudut hati saya tertanya-tanya mengapa beliau bertanya demikian adakah beliau sudah bertambah ahli keluarga atau kerana lain. Mungkin beliau juga rasa apa yang terdetik di hati saya kerana tidak lama selepas itu teman saya ini memberitahu tentang kawannya yang mengalami masalah yang sama tetapi lebih kritikal kerana anaknya yang baru dilahirkan selama 8 hari telah diletakkan bawah lampu biru di hospital kerana bacaan kuning melebihi 30. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah bilangan billirubin dalam darahnya sangat tinggi dan melebihi paras normal. Saya meminta izin teman saya untuk bercakap sendiri dengan kawannya dan beliau menyatakan tiada masalah namun saya lebih selesa jika teman saya memberitahu kawannya l...

Demam Kuning/Jaundis

Credit Sedang saya mencari info tentang beberapa perkara, terbaca satu artikel yang ditulis oleh seseorang tentang jaundis. Menarik dan sekurang-kurangnya bertambah ilmu saya tentang jaundis (bayi kuning) Jaundis di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami jaundis. Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Jaundis ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan ole...