Ibubapa mesti sangat prihatin kan pasal anak-anak. Anak sakit sikit..dah rasa macam "gelapnya" dunia. Tapi kadang-kadang ibubapa tak perasan. Beri macam- macam kat anak-anak makan. Apa yang mereka inginkan semua kita beri. Walau ia memudaratkan anak-anak kita tau. Contoh makanan ringan, jajan, aiskrim, gula-gula. Ada tau ibubapa yang ikut je apa anak nak. Yela, anak-anak meraung nak sesuatu. Sebab sayang tak bertempat..kita asyik bagi je.. Kalau jarang-jarang tu tidak mengapa. Jangan selalu-selalu ye😃😃 Anak-anak sangat memerlukan makanan yang penuh khasiat yang mengandungi vitamin seperti kalsium, protin dan multivitamin lain. Tapi Anak-anak ni kadang-kadang susah nak makan makanan yang berkhasiat. Ada juga yang sangat memilih. Macam 3 orang anak saya ni😃. Nak bagi makan..kena kejar satu rumah dulu. Hihi.. Tapi sekarang, bagi apa pon semua masuk mulut. Dah ada selera makan. Dulu sayur pon kurang nak makan. Tapi selepas saya konsisten dengan memberi mereka...