Salam ceria buat semua...pagi ni saya nak berkongsi dari apa yang customer saya bertanya berkenaan diet ibu menyusu...kesimpulannya...apa yang kita makan ni akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Jadi berwaspada dalam pengambilan makanan kerana ia mungkin membahayakan kesihatan si kecil anda juga.. Jom baca entry ni yang saya search tentang diet ibu menyusu..Sumber: di sini Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui? Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda , keper kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan. Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tig...