Menghasilkan susu yang banyak adalah ‘syurga’ bagi ibu menyusu. Tapi awas, jangan terlalu terpengaruh dengan doktrin SUSU BANYAK , sebaliknya yang lebih utama ialah SUSU CUKUP . Susu badan yang mencukupi secara amnya yang dapat menampung keperluan bayi, dan mungkin sedikit-sebanyak untuk kegunaan semasa kecemasan. Misalnya jika bayi mengalami nursing strike, ibu mengalami kemeruduman susu semasa period, outstation, berjauhan dan sebagainya. Di sini saya nak kongsikan 9 Tips dan Teknik Membanyakkan Susu Badan utk panduan kita bersama. 1. Kosongkan payudara dengan kerap , melalui pam dan hisapan bayi. KERAP bermakna frequent… Hehe.. 2-3 jam sekali, terutama untuk ibu2 yang exclusive pumper. 2. Makan ikut keperluan BADAN , bukan keperluan SELERA atau keperluan PERUT. Ibu menyusu badan memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang biasa, malah lebih tinggi dari ibu hamil. Jadi ibu menyusu haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori, tinggi protin, tinggi vitamin , tinggi sera...