credit Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2. Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan. Sebagai contoh... KES 1. Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2...