Kenapa yang makan banyak tapi badan masih keding? Yang control makan sebab nak diet makin bertambah2 pulak beratnya??
Kawan-kawan.. Biasa tak mendengar keluhan orang-orang yang sedia ada kurus (keding), dah makan banyak tapi badan tetap tak naik2? Atau ada juga yang cuba berdiet, kurang makan.. tapi badan masih mem-besar ;) Semuanya dikatakan berkait dengan metabolisme tubuh. Tahu x apa maksud METABOLISME? Adik beradik dengan vandalisme dan kronisme ke? hehe.. Semestinya tidak.. kerana vandalisme dan kronisme dua2 adalah musuh negara.. Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup , membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis. Katabolisme memghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel . Manakala anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik . (dipetik dari wikipedia.org) So, ...