Ramai yang ada masalah kewangan sejak macam2 naik ni. Tol naik, harga barang naik, kos mengasuh anak pon naik. Jenuh kan. Semua naik. Tapi gaji tak naik2. Tapi kita ni tak perlu nak tuding jari kat sesiapa. Kerana kita hidup dalam dunia yang penuh cabaran sekarang ni. Kalau asyik nak tuding jari orang ni salah, orang tu salah..sampai sudah kita takkan ke mana2. Tahu tak kita..disebabkan oleh masalah ekonomi ni..ramai yang runtuh rumahtangganya. Disebabkan oleh masalah ekonomi, ramai ibu2 yang terpaksa tinggalkan anak2 kecil sebab kena gi kerja. Mulalah anak2 rapat dengan pengasuh atau penjaga sampai dah mula menjauh dari ibubapa sendiri. Ada juga yang alami tekanan sangat kuat sampai boleh kelar anak. Ada juga yang sampai gila dan tak ketinggalan ambil dadah sebab terlalu tertekan. Kritikalkan kes camni. Sampai bila kita nak terus mengikat perut? Nak beli ni tahan. Nak beli tu tahan. Semua tahan. Sehingga merana dalam diri. Bernanah lama2. Rasa macam hidup ni sia2....