Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni saya nak kongsikan tentang keburukan intermittent fasting yang ramai tidak tahu. Ramai yang rasa best kan buat intermittent fasting . Tapi hari ni saya nak kongsikan kisah di sebaliknya. Baca sampai habis ok. Ini saya kongsikan dari kelas Dr Redza hari tu Sebelum kita pergi jauh, mari kita fahamkan tentang apa yang berlaku pada badan kita apabila hal ini berlaku. Apabila kita makan, glukosa menaik dalam darah kita kerana mahu menghadamkan makanan itu. Makanan ditukar kepada glukosa di dalam darah. Insulin main peranan untuk proses penurunan kadar gula dalam darah. Selepas kita makan dalam tempoh 4 ke 8 jam, glukosa dari makanan makin menurun. Bila begitu, insulin tidak diperlukan banyak di dalam darah kerana glukosa sudah ditukarkan kepada tenaga ataupun disimpan sebagai lemak jika ada masalah insulin. Jadi insulin level akan makin menurun. Selepas 12 jam kita makan, makanan tadi sudah dibakar sepenuhnya. Pros...