Selepas berjaya menyusukan dua anak saya dengan susuibu, dan setelah saya dapat lihat testimoni ibu2, memang benar apa yang si ibu makan , anak akan dapat melalui susuibu itu sendiri. Bayi baru lahir Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi. Nasihat bidan Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu. Makan vitamin sebaik saha...