[Gambar Hiasan] Tulisan asal oleh Ustaz Azrin ; Bismillahirahmanirrahim.. Segala Puji bagi Allah swt dengan limpah kurniaNya kesihatan saya hampir pulih. Kursus Perawat Intensif (personal guide) pada 30hb April dapat disampaikan dengan lancar, begitu juga dengan Kursus Urut Tradisional yang berlangsung pada hari ini, 1hb Mei. Pada awalnya kursus-kursus ini hampir dibatalkan kerana memikirkan saya berkemungkinan tidak dapat menyampaikannya oleh kerana kesihatan saya yang kurang memuaskan. Inilah yang dikatakan, wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makiriin, " mereka merancang, dan Allah juga Merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang". Sebagaimana yang selalu saya sebut, masalah pada manusia ini saya bahagikan kepada empat elemen, iaitu Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap. Adakah mereka ini mengalami gangguan jin..? Dalam pe...