Skip to main content

Masalah Anak Nakal Dan Degil - Apa sebabnya? Bagaimana jalan penyelesaiannya??

 [Gambar Hiasan]
Tulisan asal oleh Ustaz Azrin;
Bismillahirahmanirrahim.. Segala Puji bagi Allah swt dengan limpah kurniaNya kesihatan saya hampir pulih. Kursus Perawat Intensif (personal guide) pada 30hb April dapat disampaikan dengan lancar, begitu juga dengan Kursus Urut Tradisional yang berlangsung pada hari ini, 1hb Mei. Pada awalnya kursus-kursus ini hampir dibatalkan kerana memikirkan saya berkemungkinan tidak dapat menyampaikannya oleh kerana kesihatan saya yang kurang memuaskan. Inilah yang dikatakan, wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makiriin, " mereka merancang, dan Allah juga Merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang".

Sebagaimana yang selalu saya sebut, masalah pada manusia ini saya bahagikan kepada empat elemen, iaitu Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap. Adakah mereka ini mengalami gangguan jin..? Dalam pengalaman saya merawat anak-anak yang nakal dan degil ini, memang benar adanya gangguan-gangguan jin pada mereka. Namun apakah itu semua punca permasalahan?

Kalau hendak diikutkan yang sebenar-benarnya, mentarbiah anak-anak ini bermula seawal dari sewaktu suami isteri "bersama" lagi. Bacaan doa dan adab-adab sewaktu "bersama", serta mengikut tarikh dan waktu yang digalakkan, dan mengelakkan tarikh-tarikh dan waktu yang di larang oleh ulama'-ulama' mu'tabar. Perkara-perkara ini semua membantu kita dalam berikhtiar untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati kita.

Ada bermacam-macam kes anak nakal yang saya rawat, diantaranya satu kes di mana anak ini mengalami masalah tabiat mencuri dari kecil lagi, dan apabila anak itu dirawat, apa yang saya dapati, berpuluh-puluh ekor jin berada didalam tubuh badannya. Jadi... adakah kesalahan mencuri itu kita letakkan pada golongan jin tersebut? Cuba kita fikirkan sejenak...

Ada diantara kes anak yang sangat nakal dan degil, padahal umurnya baru mencecah lima tahun, bila saya rawat apa yang saya dapati memang ada gangguan jin yang mendampingi anak ini. Jadi.. setelah jin tersebut dikeluarkan dengan izin Allah, adakah masalah kenakalan dan kedegilannya selesai? Tidak semestinya... Tidak semestinya... Tidak semestinya...

Ada juga kes anak nakal yang saya rawat, tetapi tiada masalah gangguan jin padanya, tetapi bila saya mengajukan soalan demi soalan pada ibu dan bapa anak itu, apa yang saya dapati sumber pendapatan mereka adalah dari sumber yang syubhah (meragukan) dan ada juga dari sumber yang haram... Kesan dari sumber pendapatan yang syubhah dan haram ini anak-anak boleh menjadi nakal, degil, tidak cerdik dan mengalami kesukaran untuk mengaji Al-Quran serta bermasalah didalam pelajaran.

Pada pandangan saya, untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini, kita perlu mulakan sejak dari mereka kecil lagi, kasih sayang, ketegasan, disiplin perlu diterapkan pada jiwa anak-anak ini, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka.

Jika anda bersama keluarga bertandang ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang, menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.... apakah yang anda lakukan...? adakah anda akan teruskan berborak dengan tuan rumah dan membiarkan sahaja kenakalan anak anda...?

Tahukah anda bahawa sebenarnya hati tuan rumah tersebut tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda mengusik barang-barang di rumahnya walaupun kelihatan dia tersenyum sambil berborak dengan anda..? adakah anda prihatin terhadap perkara ini?

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin, kalau perkara sekecil ini anda tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda...

Kesimpulannya para pembaca sekelian, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendisiplinkan anak-anak kita, adakalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka untuk meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan, itu tidak mengapa... tetapi kita juga harus berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka supaya mereka mengerti tentang erti "batas".

Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, agar jiwa mereka di sinari cahaya agama, ajar mereka doa-doa membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan, ajar mereka tentang dosa pahala, selalu doakan mereka agar menjadi anak yang soleh.

Ada diantara ibu bapa yang mengabaikan solat, tidak cenderung kepada agama, berpakaian tidak menutup aurat dan mencorakkan suasana keluarga mereka dengan corak-corak yang melanggar hukum Allah. Inilah yang menjadi punca yang merosakkan jiwa dan akhlak anak-anak. Ibu bapa perlu solat dulu sebelum menyuruh anak mereka solat, ibu bapa perlu berakhlak mulia dulu sebelum mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia.

Setelah membebel dengan panjang lebar, maka di sini saya kongsikan sedikit amalan untuk masalah anak yang degil, ayat ini juga dikatakan ayat selusuh (ayat untuk memudahkan kelahiran bayi), dibaca tujuh kali pada air, minyak, madu lebah atau makanan berikan pada anak-anak, dengan niat dan doa agar Allah lembutkan hati anak-anak dan menghilangkan kenakalan dan kedegilan mereka.

Ayat ini adalah dari Surah An-Nahl : 78

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...