Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Petua

Bila bayi tak membuang seperti biasa

Credit   Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius. Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam pung...