Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah. Moga membantu dan bermanfaat! Sepakat Ibu dan bapa mestilah sepakat di dalam hal ini, setiap orang mesti menyampaikan mesej yang sama dengan kerap setiap hari. Berbual dengan anak tentang perkara ini setiap pagi selepas mandi, ketika makan, ketika pergi bersiar-siar, di dalam kereta, sebelum tidurkan anak-anak dan bila-bila sahaja yang dirasakan sesuai. Ibu bapa boleh katakan kepada anak-anak : “Seminggu lagi adik dah 3 tahun, adik dah besar, cantik dan berani, jadi adik kena tidur di bilik sendiri tau…” “Mulai minggu depan, adik tidur di bilik adik tau, bilik ayah dan ibu ni bukan lagi bilik adik, nanti kita hiaskan bilik adik cantik-cantik ok? Adik nak cadar warna apa ye?” ...