Skip to main content

Penawar terbaik untuk bayi jaundis (kuning)

Credit

Malam ahad lalu saya menerima pesanan ringkas melalui handphone dari seorang teman yang dah lama tidak saya temui…. Beliau bertanya tentang pengalaman saya menjaga anak saya kuning (selepas lahir). Saya menjawab mesej tersebut dengan ringkas dan padat. Namun jauh di sudut hati saya tertanya-tanya mengapa beliau bertanya demikian adakah beliau sudah bertambah ahli keluarga atau kerana lain. Mungkin beliau juga rasa apa yang terdetik di hati saya kerana tidak lama selepas itu teman saya ini memberitahu tentang kawannya yang mengalami masalah yang sama tetapi lebih kritikal kerana anaknya yang baru dilahirkan selama 8 hari telah diletakkan bawah lampu biru di hospital kerana bacaan kuning melebihi 30. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah bilangan billirubin dalam darahnya sangat tinggi dan melebihi paras normal.

Saya meminta izin teman saya untuk bercakap sendiri dengan kawannya dan beliau menyatakan tiada masalah namun saya lebih selesa jika teman saya memberitahu kawannya lebih awal agar kawannya tidak terkejut menerima panggilan dari saya. Selepas setengah jam berlalu, telefon bimbit saya berbunyi dari nombor yang tidak saya kenali. Rupa-rupanya panggilan dari kawan kepada teman saya yang lebih mesra dikenali dengan Jue.

Jue menceritakan masalah yang dilalui oleh anaknya. Jue meminta pandangan saya adakah baik untuk memberi anaknya susu kambing demi merawat demam kuning yang dilalui oleh anaknya. Memandangkan ini anak pertama Jue dan secara langsung keluarga Jue mahupun keluarga dari pihak suami Jue tidak pernah melalui pengalaman ini maka Jue terpaksa mencari alternative lain untuk menyelesaikan masalah anaknya ini. Memandangkan saya pernah melalui situasi yang sama dengan Jue, saya menasihatkan Jue untuk memberi susu ibu sekerap mungkin. Saya juga mengesyorkan agar Jue mengambil supplement demi membantu meningkatkan immune system anaknya di samping meningkatkan pengeluaran susu badan untuk anaknya. Saya berani untuk rekomen produk yang saya makan dan tanpa banyak keraguan Jue mencubanya. Pada malam itu juga ibu mertua saya menghantar supplement kepada Jue iaitu ESP, B Complex dan Vit C di hospital.

Pada hari isnin petang Jue menelefon saya memberitahu bacaan kuning anaknya semakin meningkat iaitu 34. Jue meminta pandangan saya , adakah elok untuk beliau membawa pulang anaknya ke rumah dan merawat menggunakan cara tradisional. Selepas saya berbincang dengan teman baik saya doctor Siti Munirah, saya memaklumkan kepada Jue agar meneruskan treatment di hospital sahaja. Saya meminta Jue berhenti untuk mengamalkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit kerana sepanjang pengetahuan saya inilah antara punca kuning anaknya semakin meningkat. Alhamdulillah Jue tidak berputus asa. Beliau terus dengan pengambilan supplement yang saya syorkan. Saya meminta Jue meningkatkan kekerapan penyusuan kepada bayinya itu. Jika sebelum ini Jue menyusukan antara 2-3 jam untuk satu sesi tetapi saya meminta beliau menyusukan sekerap yang mungkin agar bayinya dapat bekalan air yang mencukupi untuk mengurangkan bilangan billirubin dalam darahnya.Saya yakin selalunya penyakit hendak pergi memang mengambil masa.

Petang Selasa saya pula menelefon Jue untuk bertanyakan khabar anaknya. Jue dengan nada gembira memberitahu kuning anaknya turun kepada 26. Alhamdulillah satu peningkatan yang memberansangkan. Rabu petang saya menerima mesej Jue menyatakan kuning anaknya semakin beransur kurang dan doctor mengizinkannya membawa bayinya yang comel itu pulang ke rumah. Jue juga memberitahu bahawa doctor impress kerana berat anaknya ada peningkatan dalam beberapa hari ini. Saya dapat membayangkan kegembiraan yang Jue lalui semasa itu. Semoga usaha Jue untuk memberi anaknya susu ibu berjaya ke tahap yang dapat membanggakan dirinya sebagai seorang ibu muda yang sabar melalui dugaan penyusuan.

Hakikatnya bukan mudah untuk bergelar ibu bapa yang berjaya namun dengan sedikit usaha, kesabaran dan ilmu, seseorang itu pasti berjaya!!!!


Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms ke 013-9422527 untuk sebarang pertanyaan.

* Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh/ atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...