Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni saya nak kongsikan tentang keburukan intermittent fasting yang ramai tidak tahu. Ramai yang rasa best kan buat intermittent fasting. Tapi hari ni saya nak kongsikan kisah di sebaliknya. Baca sampai habis ok.
1. Jadi orang bertakwa
Ini saya kongsikan dari kelas Dr Redza hari tu
Sebelum kita pergi jauh, mari kita fahamkan tentang apa yang berlaku pada badan kita apabila hal ini berlaku.
Apabila kita makan, glukosa menaik dalam darah kita kerana mahu menghadamkan makanan itu. Makanan ditukar kepada glukosa di dalam darah. Insulin main peranan untuk proses penurunan kadar gula dalam darah.
Selepas kita makan dalam tempoh 4 ke 8 jam, glukosa dari makanan makin menurun. Bila begitu, insulin tidak diperlukan banyak di dalam darah kerana glukosa sudah ditukarkan kepada tenaga ataupun disimpan sebagai lemak jika ada masalah insulin. Jadi insulin level akan makin menurun.
Selepas 12 jam kita makan, makanan tadi sudah dibakar sepenuhnya. Proses healing berlaku, dan HGH (Human growth hormone) meningkat. Dah takde glukosa kan dalam darah, tapi tetap badan perlukan tenaga. Dari sini, glukagon dilepaskan. Sistem penghadaman kita mula berehat. Yeah!
Pada jam ke 14 selepas makan, HGH makin meningkat dan proses pembakaran lemak pun bermula sebab dah takde makanan, dan takde glukagon sudah. Jadi nak dapat tenaga, kena bakar lemak. Jadi kalau nak kurus, biar lemak dibakar. Puasa kita sampai 14 jam, jangan kurang dari itu ye.
Pada jam ke 16 selepas kita makan, pembakaran lemak makin meningkat. Jam ke 18, HGH pula makin meningkat. Dan jika ia dipanjangkan ke waktu 20 jam, autophagy bermula dan ketones dilepaskan.
Bila kita tak makan dalam masa 36 jam, autophagy meningkat sehingga 300%, dan pada jam ke 48, sel kita mula untuk dibina semula dan proses keradangan menurun. Pada jam ke 72, autophagy memuncak.
So dah faham apa berlaku di setiap jam selepas kita makan?
Apa yang berlaku sebenarnya dalam badan kita? Ok jom saya kongsikan lagi ye.
Apabila kita lapar, ghrelin dihantar ke otak oleh perut, untuk bagitau yang kita sedang lapar. Lapar di sini ada dua iaitu lapar air atau lapar makanan. Jika kita minum air, dan sudah tidak lapar, maksudnya kita sedang lapar air. Sebab tu bila kita lapar, minum air dulu, bukan terus makan. Jika sudah minum air tapi masih lapar, itu tandanya badan kita sedang lapar makanan.
Apabila badan kita kenyang, adipose cells akan hantar signal kepada otak kita yang kita dah kenyang. Dah hormon kenyang iaitu leptin meningkat. Rasulullah saw pernah bagitau, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sebab otak akan terima signal hormon ghrelin meningkat ni dalam masa 0.1 saat, manakala hormon leptin di lepaskan selepas 20 minit kita kenyang. Sebab tu Rasulullah saw minta kita berhenti makan sebelum kenyang. Hebat kan? Kalau tak, kita akan terlebih makan.
Bila kita terlebih makan, hormon incretin akan bagi signal untuk lebih banyak insulin dilepaskan oleh pankreas untuk tujuan penurunan kadar gula dalam darah.
Satu hal penting yang kita kena faham sekarang ni adalah, apabila kita dah kenyang, tapi kita masih rasa nak makan, ia bukan salah ghrelin. Kerana kita rasa nak makan lagi tu disebabkan oleh insulin tinggi dalam darah. Yang sebabkan insulin tinggi dalam darah ni adalah kerana kita banyak makan selama ini. Inilah yang dinamakan craving. Ia adalah salah sendiri yang makan banyak sebelum ni.
100 gram karbohidrat diperlukan untuk otak kita diperlukan untuk berfungsi dengan baik kerana karbohidrat adalah bahan untuk ditukar kepada tenaga dengan cepat.
Contoh karbohidrat adalah nasi, mee. Tapi antara mee dan nasi, pilihlah nasi. Kerana mee ada glutin dan juga bahan proses. Antara nasi goreng pataya dan nasi putih, kita pilih nasi putih. Antara nasi putih beras basmati dan nasi putih biasa, yang mana lagi bagus kita ambil? Jadi kita ambil yang beras basmati. Antara nasi separuh dengan suku nasi yang mana kita ambil? Kita pilih nasi suku. Ia dah ada 100 ke 150 gram karbohidrat.
Orang yang ada spare tayar, dia ada masalah insulin resistance. Orang yang ada masalah insulin resistance ini akan ambil dan ambil makanan lagi walaupun belum habis makanannya. Alamak, diri kita ke tu? Jadi baiki terus ye diri kita daripada menjadi semakin teruk masalah insulin resistance ni.
Sebab apabila ada masalah insulin resistance, sebenarnya satu lagi hormon akan rosak. Iaitu hormon leptin. Tugas hormon leptin adalah hantar signal kenyang kepada otak kita. Tapi bila ada masalah insulin resistance, ia tak berfungsi dengan baik dah. Sebab tu asyik lapar saja. Betapa bahayanya gula sebenarnya. Rosak sistem saraf kita.
Sebab tulah, apabila mahu buat cabaran weight loss, mulalah dengan pengurusan pengambilan gula terlebih dahulu. Jadi, langkah pertama adalah tukar segala air manis kita kepada air kosong. Ada doktor ni, dia berat 110 kg sebelum ni. 6 bulan dari tu, dia turun ke 70 kg. Apa dia buat? 4 gelas nescafe dia tukar dengan air kosong, dan buat kopi sendiri menggunakan susu segar, tanpa gula.
Jika haid tak lancar pun, dia kesan dari insulin terlebih dalam badan. Jadi, kena off gula dan betulkan hormon insulin ini. Nanti kitaran haid akan kembali normal semula. MasyaAllah. Hebat ilmu yang saya dapat ni kan. Boleh bantu anda yang sedang ada masalah kitaran haid yang tak normal.
Gula bukan racun, tapi apabila terlebih gula tu adalah racun. Bukan salah kita ambil gula, tapi kita akan rosak apabila gula dah terlebih.
Apabila kita berhenti makan dalam masa 4 ke 6 jam, pankreas kita akan hasilkan glukagon. Glukagon ni menarik gula yang disimpan di hati dan dari sel lemak untuk ditukarkan kepada tenaga disebabkan badan kita dah tak ada makanan. Glukagon dihasilkan kerana ia trigger badan kita sedang kelaparan. Jika kita tak pernah tak makan dalam masa 4 ke 6 jam ini, glucagon tidak akan pernah berfungsi untuk badan kita. Jadi berpuasa ni sangat bagus.
Kita tak digalakkan ambil produk yang jenis hunger supressor. Kerana ia akan simpan gula lebih banyak dalam badan kita. Nanti saya akan tuliskan tentang ini di lain post insyaAllah.
Malaysia everage 13 jam lebih berpuasa
Jadi, waktu terbaik untuk kita berpuasa adalah selama 13 jam ke 15 jam sahaja, bukan sehingga 16 jam. Tapi bagaimana kita nak dapatkan autophagy semuanya? Ia melalui Shaklee. Haa saya share nanti ye di post seterusnya insyaAllah.
Apa manfaat yang ada pada berpuasa?
2. Bantu lebih banyak orang
3. Jadi orang yang berterima kasih dan bersyukur
4. Puasa adalah benteng dari api neraka
5. Cara kita merasai tentang orang susah
6. Dapat pahala dan boleh masuk syurga melalui pintu puasa
Dan sekarang, apa keburukan intermittent fasting ni?
1. Jika tidak ada cara makan yang teratur
2. Tahap kolagen berkurangan sebanyak 90%
3. Sakit badan dan sengal otot
4. Kulit gatal
5. Naikkan kolestrol apabila cara tidak betul
6. Gangguan tidur dan insomnia
7. Letih dan tidak cergas
8. Otak kurang laju dan kurang fokus
Saya ada kongsikan lagi tentang kaitan autophagy dan intermittent fasting dengan detail di sini. Memang banyak kita kena tahu sebelum kita decide untuk buat intermittent fasting. Dan ini tidak diceritakan oleh ramai orang.
So apa tunggu lagi? Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.
Join kami ye. Register di sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816
Best Regards,
Nur Zahirah
SID 846816
No tel: 0139422527
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader and Master Coordinator
Comments