Skip to main content

Bahana ingkari rahmat Allah



Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..Syukur kita atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita hari ini..

Pagi ni, saya nak share satu kisah yang say abaca tadi..yang menusuk hati. Betollah kata Allah…bila kita sentiasa rapat dengan Alquran, kita akan menjadi tenang. Bila kita fahami Alquran, memang kita makin merasa takut dengan azab Allah dan merasa sangat gembira dengan berita gembira yang Allah hantar pada kita melalui Alquran itu sendiri…

Jom baca makna ini ye…

Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka., dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri”: Al-Qasas, ayat 76

Dan carilah (pahala ) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan kepada Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. “ Al-Qasas, ayat 77

Dia (Qarun) berkata:” Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku” Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka. : Al-Qasas, ayat 78

Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata:” Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar. : Al-Qasas, ayat 79

Tetapi orang yang dianugerahkan ilmu berkata: “ Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang yang sabar.”: Al-Qasas, ayat 80

Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri. : Al-Qasas, ayat 81

Dan orang yang dahulu mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: “ Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siap yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siap yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurnia pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang yang mengingkari (nikmat Allah).” : Al-Qasas, ayat 82

Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu bagi orang yang bertakwa. : Al-Qasas, ayat 83

Barangsiapa yang datang (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikan itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang yang telah mengerjakan kejahatan iitu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan. : Al-Qasas, ayat 84

Banyak pengajaran yang dapat diperoleh dari ayat2 ini..saya bukannya pandai sangat bab tafsir..tapi kita yang membaca kisah ni..memang boleh ambil pengajaran secara langsung…peringatan buat kita semua..
Setinggi mana pon kita, jangan kita lupa rumput di bawah. Jangan kita sombong. Kerana sebenarnya apa yang dipinjam pada kita ni sume hanya pinjaman. Ia milik allah . tak kisahla anak2 yang ramai ke..rumah besar ke..duit berkepuk2 dalam bank ke..harta di mana saja atas nama kita..tapi, tu semua pinjaman allah buat kita..Dunia ni sebagai jambatan menuju akhirat. Ada hak orang lain dalam harta yang dipinjamkan allah pada kita ini..

Muhasabah yang baik di pagi sabtu…semoga kita semua amik ia sebagai reminder dari Allah..

Salam sayang
Ira  

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...