Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Menjadi leader yang luar biasa...

Salam pagi rabu...hehe...fuhh..baru setel anak2...ni nak kemas rumah pulak..update blog dululah...saya telan ESP untuk sarapan..anda sudah sarapan??? kalau belom sarapan..jom sekali minum ESP... Eh..bukan kisah ESP saya nak share hari ni..tapi nak share pasal Leadership..hehe..amboih..macamla saya ni motivator..eh takla..sebab saya tengah baca buku leadership..sambil coaching..sambil baca buku...sambil apply..haa kan baguss... buku apa saya baca?? ku baca buku ni chapter 1...terasa tauu..hahah..sebab kena atas kepala sendiri..ku baca chapter 2 pon..terasa jugak..lag kuat kena kepala sendiri..betapa leadership saya tak hebat mana pon..sangat perlukan improvement lagi..hmmm... Chapeter 2 buku ni mengisahkan tentang.erkk..skema plak ayat..hehe...ni pasal law of influence.. Leadership is influence- nothing more, nothing less. Perghh..sangat setuju dengan Encik Maxwell. Sebab kalau tak de influence, maksudnya leadership dalam diri orang tu tak de...Saya terfikir2 balik..saya ni ...

Bahana ingkari rahmat Allah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..Syukur kita atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita hari ini.. Pagi ni, saya nak share satu kisah yang say abaca tadi..yang menusuk hati. Betollah kata Allah…bila kita sentiasa rapat dengan Alquran, kita akan menjadi tenang. Bila kita fahami Alquran, memang kita makin merasa takut dengan azab Allah dan merasa sangat gembira dengan berita gembira yang Allah hantar pada kita melalui Alquran itu sendiri… Jom baca makna ini ye… Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka., dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri”: Al-Qasas, ayat 76 Dan carilah (pahala ) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan kepada Allah kepadamu, tetapi ja...

Tips Mengasingkan Anak Tidur Dari Bilik Ibubapa

Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah. Moga membantu dan bermanfaat! Sepakat Ibu dan bapa mestilah sepakat di dalam hal ini, setiap orang mesti menyampaikan mesej yang sama dengan kerap setiap hari. Berbual dengan anak tentang perkara ini setiap pagi selepas mandi, ketika makan, ketika pergi bersiar-siar, di dalam kereta, sebelum tidurkan anak-anak dan bila-bila sahaja yang dirasakan sesuai. Ibu bapa boleh katakan kepada anak-anak : “Seminggu lagi adik dah 3 tahun, adik dah besar, cantik dan berani, jadi adik kena tidur di bilik sendiri tau…” “Mulai minggu depan, adik tidur di bilik adik tau, bilik ayah dan ibu ni bukan lagi bilik adik, nanti kita hiaskan bilik adik cantik-cantik ok? Adik nak cadar warna apa ye?” ...