Skip to main content

Persediaan penyusuan bagi ibu yang mula bekerja selepas habis pantang

Salam sejahtera buat semua...dah 2 hari saya tak menaip ni.hehe...ada yang rindu ke? ok..saya nak direct to the point ye..sebab ada yang bertanya tentang camne persediaan penyusuan bagi ibu yang mula bekerja selepas habis pantang.

Saya seorang yang bekerjaya. Profesion saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat minyak negara. hihi..semua orang kenal company ni. Saya mula mengepam susu untuk buat stok susu sejak anak pertama umur 3 hari.memang saya sangat komited untuk fully beastfeed anak. Ni saya nak share.

Peralatan yang diperlukan utk mengumpul stok sewaktu pantang:
1) Pam susu
2) Botol susu : Ni kena BPA FREE ye...
3) plastik simpan susu : Ni kena BPA FREE ye...


Ni sample breast milk storage bag. Ni tak boleh recycle tau. pakai sekali je pastu buang. saya gunakan plastik macam ni lah sebab senang nak simpan susu.

 

haaa...ni rupa dia bila berdiri tegak..memang tegak la klu pakai yang ni.dah la 2 zipper lock.memang tebal n besttt..


Ok, di ofis pulak..nak bawak apa? Ni peralatan yang diperlukan ye..
1) Pam susu
2) Botol susu
3) Plastik storage breast milk
4) Ice pack
5) Beg pam yang kedap udara/tahan sejuk



Ni rupa ice pack ye..banyak jenis ice pack tau...saya ada guna ice pek ni..tapi tak tahan lama sangat..klu kat ofis anda ada peti ais..boleh la guna yang ni..


Saya gunakan beg kecik ni untuk isi susu...dalam beg kecik medela ni boleh isi 4 botol. kalau beli pam susu medela, memang dapat free beg ni sekali ice pek n 4 botol susu:)



ni rupa beg little moms...saya selalu gak guna...buh susu direct dalam ni..memang tahan lama jugakla sejuk susu tu..

saya buat camni..selepas saya pam susu kat ofis..saya terus masukkan dalam peti ais bahagian bawah (bukan freezer)..bila saya nak balik rumah..saya akan masukkan semua susu saya ke dalam beg pam saya. so sepanjang hari memang saya simpan susu saya dalam peti ais masa kat ofis selepas pam. INGAT! tak boleh letak terus dalam freezer (tempat beku tau)..nanti rosak susu tu..kalau nak letak pon..biar susu tu dalam keadaan sejuk betol2 ( paling kurang 5 jam camtu) sebelum letak bahagian beku. 

** ice pek kena letak dalam freezer tau. bagi beku

Tips: 
a) kalau peti ais tu 1 pintu..boleh tahan 1 hari je susu kat bahagian bawah peti ais. bahagian freezer pulak tahan dalam seminggu. 
b) kalau peti ais 2 pintu pulak, boleh tahan 5 hari susu kat bahagian bawah peti ais. bahagian freezer pulak tahan dalam 3 bulan.
c) kalau deep freezer ( macam peti ais aiskrim tu), susu beku boleh tahan selama 6 bulan ke setahun.

tapi..kalau kat ofis anda tak de peti ais, camne nak simpan susu? boleh je..tapi kena ada ice pack yang tahan lama. ni contoh ice pack yang tahan lama.


 
saya gunakan ice pek ni masa saya travel. sebab senang nak bawak susu..ni sebab kat ofis saya ada peti ais. kalau tak, saya guna ice pek ni jugak. ice pek yang berkualiti adalah jenama colamen.(rasanya nama camni).

Bila dah sampai rumah...saya selalu letak semalaman susu saya tu di bahagian bawah. esoknya saya letakkan kat bahagian beku. tak boleh letak terus kat bahagian beku sebab nanti susu tu terkejut. kan kalau benda pape pon tak elok sejuk secara mendadak atau panas secara mendadak kan...so..biarkan suhu susu tu sejuk di bahagian bawah dulu..n then baru letak kat bahagian freezer. 

Bila nak cairkan susu pon...turunkan dari bahagian freezer dulu ke bahagian bawah..saya selalu buat turun ke bahagian bawah semalaman sebelum nak guna. contoh nak guna esok pagi..malam ni saya dah letak susu beku tadi kat bahagian bawah untuk ia cair sendiri. Pastu..pagi esok nya tu saya akan alirkan susu yang ada beku sikit2 lagi tu bawah paip air yang mengalir. sampai semua cair. baru saya masukkan dalam botol susu.
Bila nak hantar rumah pengasuh..saya letak ice pek sekali dengan coolbox..ni rupa coolbox saya..


saya masukkan susu dan ice pek dalam ni..bagi mengekalkan suhu susu tu..

Bila sampai rumah babysitter, babysitter saya akan masukkan susu tu terus ke dalam peti ais. Masa nak bagi minum susu kat anak..pengasuh saya akan rendam susu tu dalam air suam. bukan air panas..ni bagi mengelakkan susu tu terkejut dan hilang nutrien. juga nak elakkan anak melecur masa minum kalau terlalu panas. dulu pengasuh saya tak pandai uruskan EBM ni..so saya advise die satu2..takpe..jangan risau..kita boleh advice elok2 babysitter kita kalau dia belum tahu tentang pengurusan susu ibu:)..yang penting cakap elok2..dia pon tak kisah

saya bekerja ofis hour dan memang kerapp sangat travel. dulu saya tinggal di Miri, sarawak. sebab bertugas di sana. Sekarang saya dah transfer ke kerteh. Saya mula travel selepas 2 minggu masuk ofis selepas maternity leave. Masa tu saya kena travel dari miri ke kuantan. 2 kali flight. saya tak bawak anak saya..so memang saya kena pam..susu dah la banyak..so saya bawak siap2 cool box saya yang besar.hehe. saya ada 3 cool box. yang kecik, sederhana besar dan sungguh besar. saya selalu bawak yang sederhana besar tu. jenama cooper saya beli.memang tahan lama..


lebih kurang saiz ni lah...boleh muat 38 air tin..memang kalau saya outstation 4 hari..penuh susu saya. then..camne saya bawak balik susu penuh ni...memang berat..dekat 8kg saya bawak hand carry. saya isi susu..then saya isi ice yang beli rm2 kat seven eleven tu. satu plastik.sume saya sumbat dalam ni untuk bagi penuh dan elakkan susu saya hilang sejuk. sebab selalunya saya akan start keluar hotel seleas subuh dan sampai ke miri dalam kul 12malam..so lebih 12 jam susu saya travel kan..huhu...tapi yang bestnya..bila guna ni...susu saya sentiasa sejuk.memang 4 hari travel saya tak bekukan lagi..sebab senang nak bawak travel. nanti saya cerita bab susu beku bawak travel pulak jap gi..ni bila sampai rumah..terus masuk kan dalam peti ais bahagian bawah tau..bagi dia sejuk betol2 dulu baru masuk dalam freezer

ok, untuk susu beku pulak..hari tu kan saya transfer pindah balik kerteh terengganu..dari miri, sarawak. memang susu saya penuh deep peti ais..pam pon ngelat2 sebab xmo bawak balik banyak sangat susu..ada dalam 70 lebih ke bape dah..tak ingat dah..nanti saya bagi link cerita saya tu...saya gunakan ice box..yang sungguh besar saya tu..saya beli sehari sebelum saya naik flight..beratnya..50kg lebih sekali dengan susu masa saya timbang di airport miri. memang bestt pengalaman ni..saya tak hand carry. mati la klu hand carry. nak bawak anak lagi kan. saya buh sume dalam coolbox tu..pastu tambah ice..bagi penuh betol2..betol2 takde ruang lain..then..saya balu dengan bubble wrap..hehe...saya letak kat bahagian kargo..(bawah)...16 jam baru sampai rumah kat kerteh ni...buka2..memang tak cair pon..ada yang atas2 ckit2 je..tu pon tak banyak pon..tak sampai 10% la...terus masukkan dalam freezer...n selamat semua susu saya:)

Begitulah ceritanya...

so ibu2 di luar sana..jangan putus asa ye dengan penyusuan susu ibu..anda memang mampu..insyaallah.

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee?  Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:) 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...