ni saya blog walking ke blog kak cery hari ni...sesaja nak godek2 info:) Okeyla...saya taknak celoteh panjang2.. sbb nak masuk tidur awal mlm ni.. Jadi sebelum masuk tidur ..jom kita baca khasiat tentang Vitamin C.. ni saya copy semula dari entry yang lama2. ______________________________ Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu? Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasa...