Skip to main content

Bagaimana nak elakkan ruam lampin? Saya gunakan Herbal Blend...

Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.

Bagaimanakah rupa ruam lampin?

Jika bayi anda mendapat ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas genitalnya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik.

Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk:


• Infeksi yis, seperti
kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Jangkitan kandida bermula sebagai bintik-bintik kecil merah yang berganda dan bercantum menjadi satu tompok merah yang besar.

• Infeksi bakteria. Bayi anda mungkin mengalami
demam, dan infeksi itu selalunya menyebabkan timbulnya tompok-tompok kuning yang berair atau bintik-bintik yang bernanah.

Apakah yang menyebabkan ruam lampin?

Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair.

Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi.


Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti.


Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan
diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa.

Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi
alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya.

Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru.

Apakah cara paling baik merawat ruam lampin?

Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda.

Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin.


• Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.


• Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.


• Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.


Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.


• Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada. Saya gunakan Herbal Blend Mutipurpose cream 
 
 
**Herbal blend ni boleh juga disapu pada tumit,siku,bahagian belakang, celah2 jari kaki yang dimakan air...Ni mak ayah dan adik2 saya gunakannya untuk tujuan ini...
**Anak saya ada mild ekzema...pon memang tak miss sapu herbal blend ni...
 
 
Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.

Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang
lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin.

Jika ruam lampin bayi anda disebabkan
alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya.

Sekarang sesudah saya merawat ruam itu, berapa lamakah ianya akan pulih?

Ruam lampin yang normal sepatutnya pulih selepas tiga atau empat hari diawat di rumah. Jika ruam itu tidak pulih selepas tiga atau empat hari, atau menjadi lebih teruk, tanya doktor keluarga anda atau pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat.

Ruam lampin bayi anda mungkin telah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin amat menyakitkan dan tidak selesa. Doktor anda mungkin mempreskripsikan krim hidrokortison atau antifungus, atau antibiotik, bergantung kepada penyebabnya.


Jika ruam bayi anda disebabkan kandida, jangan gunakan krim pengadang atau salap, sebab ini akan membuat ruam itu lebih parah.

Bagaimana mengelakkan daripada ruam lampin?

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini:

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini.


2. Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar.


3.
Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.

4. Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin.


5. Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi.


Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda.





Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee?  Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...