Skip to main content

Puasa? Takut susu merudum? Preparation fizikal dan mental yang BETOL dan AWAL boleh bantu elak masalah ini~

Salam jumaat untuk semua....Semoga hari ni penuh dengan keberkatan...saya baru je rasa jumaat lepas bru datang..tapi hari ni..jumaat lagi..memang cepat masa berlalu...adakah kita isi masa kita dengan sebaik2nya? Muhasabah untuk diri saya dan pembaca blog lain juga...

Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari saja lagi kita akan menghadapi bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Untuk ibu-ibu menyusu, jom kita semak semula apa yang patut dilakukan ketika berpuasa supaya dapat berpuasa dalam masa yang sama terus menyusukan bayi. Prepare ahead..baru tak kelam kabut bila dah start puasa kan ^_^..Apa langkah2 nya ye?

Mula-mula kena faham konsep penyusuan.
Semasa baby menyusu, saraf2 di permukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (kelenjar pd otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin & Oksitosin. Dalam breast kite, Prolaktin akan perintah sel2 dlm breast menghasilkan air susu ibu. Manakala Oksitosin plak akan menyebabkan otot2 breast mengecut & memancutkan air susu ibu keluar dr nipple. Sikit @ banyak susu yg dihasilkan/dikeluarkan adalah bergantung pd hisapan bayi

Makin kerap bayi breatfeed, makin byk Air susu ibu dikeluarkan/dihasilkan.
Inilah yg dinamakan SUPPLY AND DEMAND. Jadi, walaupun puasa, jangan skip pam ya.


Untuk pastikan ibu2 kekal bertenaga, perlu ikut tips ni

1. Disiplin makan 3x sehari
Ibu yg breatfeed memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dari lemak dalam tubuh ibu (sbb itu ibu breatfeed bantu turunkan berat badan). Jadi, kena pastikan tetap makan 3 kali sehari walaupun bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, tapi jangan makan sampai overload pula ya.

2. Wajib makan kurma 3-7 biji setiap kali sahur
Kurma mengandungi glukosa yang mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Lagipun makan kurma kan sunnah, dpt pahala & amat sesuai untuk ibu menyusu sbb ibu menyusu perlukan extra kalori!

3. Pengambilan pemakanan seimbang & Supplement

50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak. cth ambil nasi/mee masa sahur & berbuka, roti/biskut/kuih muih sebelum tidur. Vit B sangat bagus memberi tenaga untuk tubuh badan kite, otak lebih fokus & emosi lebih stabil. Cal-mag penting menggantikan kalsium dalam badan ibu yang digunakan untuk penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period, saya period memang susu akan merudum, sebabnye kekurangan kalsium dlm darah apabila darah kotor disingkirkan dari tubuh badan. Cadangan suplimen ialah vitalea, bcompleks,vitamin c, alfalfa, ostematrix, dan ESP


4. Bykkan pengambilan cecair

3  liter sehari sangat penting. Jadi banyakkan minum air masak bermula waktu berbuka sehingga sahur & menjelang imsak. Letak botol air masak tepi katil, senang nak minum bila2 suka wlaupun time tido. Tambahkan dgn minuman lain spt jus buah2an, minuman panas lain seperti horlick, milo, cereal & susu.

Minum susu boleh mengurangkan anemia bg ibu menyusu/hamil serta memberi tenaga kepada ibu ketika berpuasa. Elakkan minum berais/ sejuk terutama waktu sahur/berbuka, sbb air sejuk bole wat kite cepat rase dahaga.


Ambil minuman hangat sbb ia turut membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.  Dengan pengambilan supplemen sebaiknya minum 3 liter air sehari. Boleh tambah pengambilan Performance Drink supaya badan kurang dehidrated dan lebih bertenaga.




5. Tenang, rileks & percaya pada diri
Yakin yang kita boleh meneruskan penyusuan, jgn risau susu ibu berkurangan atau tak cukup untuk anak, sbb rasa risau itu akan menghalang kerja hormon Oksitosin mengeluarkan Air susu ibu, seolah2 susu ibu yg kurang. Fikiran yg tenang, badan yg relaks melancarkan pengeluaran susu. Ingat..apa yang kita fikirkan itulah kita..

6. Elakkan melakukan aktiviti berat & lasak
Apa2 saja aktiviti yg buat ibu lekas penat ~ kut kalu nak jogging ke, wall climbing ke tunggu ler lepas raya nanti ye

7. Kerap serta rajin menyusui & memerah serta mengepam
Prinsip utama, makin kerap baby menyusu, makin banyak susu terhasil. Jika kite kerap menyusu anak, susu ibu tetap ada untuk anak. Begitu juga bagi ibu yg bekerja. Mengepam semasa bekerja dilakukan seperti biasa walaupun berpuasa. Rujuk balik prinsip DEMAND AND SUPPLY. Maknanya, semakin byk susu dikeluar atau semakin kerap breast dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan. So, jika ibu stop pumping semasa bulan puasa atau kurang menyusukan anak atas sebab bimbang takut letih & kekeringan susu, maka susu ibu akan berkurangan sikit demi sikit. Kurangnye pengeluaran susu bukanlah disebabkan ibu berpuasa tapi sebab kurang stimulation samada direct feeding atau pumping.

Berpuasa tetap wajib bg ibu mengandung dan menyusukan anak, tapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & baby, dan menggantikannya dengan berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin

Yakin pd diri, puasa atau tidak, ibu telah memberikan yg terbaik buat si anak. Ketahuilah ketika anak menyusu, si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan kasih sayang & ikatan batin dengan si ibu, di mana ia adalah hak eksklusif yg x dpt dicari ganti!

sumber : Nurul Dhia

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? 

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...