Skip to main content

Petua kurus #1

Info dbawah saya ambil dari tips yg dikongsi oleh Pn Iffah di FBnya.. actually ada5 tips petua kurus badan utk wanita khasnya.. saya sharekan diblog ni part by part ya.. Jom baca
_________________________________________________
Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.
"Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka".Jangan terperanjat dengan fakta tersebut. Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki. Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun. Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat
Part 1 ; Petua Makan
Waktu makan:
  • Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
  • Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan:
  • Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.
  • Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.
  • Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
  • Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.
  • Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
  • Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.
  • Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
  • Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
  • Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.
  • Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.
  • Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.
_________________________________________________
Okey..itu baru part 1.. 4lagi tips..kita sambung di lain entry insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...