Skip to main content

Isu Halal Haram Bovine Gelatin Shaklee . Anda was2 atau yakin dgn pilihan anda

Isu status halal bovine gelatin produk Shaklee hangat dibangkitkan sebelum ni.. Bagi saya, saya tak pernah ragu2 dgn pilihan saya.. Jom baca apa yg ditulis oleh seorang pengguna Shaklee, yg berpengalaman duduk di Jepun 6thn... ...credit utk Hanis Amin utk artikel di bwh ini yer mengenai status halal haram ni
_____________________________________________
Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.*
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.


SHAKLEE JAPAN

SHAKLEE AMERIKA

SHAKLEE CANADA

Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.


Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL

Comments

Popular posts from this blog

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu ...

Tiada lagi senggugut bersama GLA Complex Shaklee

Bulan ni, bulan kesuburan, kesihatan dan selesa sewaktu haid dan kecantikan kerana Shaklee menawarkan promo GLA complex kepada semua pelanggan Shaklee.. Apa itu GLA Complex ni? ia adalah...Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1 Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 Sumber: Shaklee Malaysia Produk GLA Complex Anda bagaimana? Sebelum ni kalau datang bulan je, mesti senggugut? Tidak selesa?   ...

"Vitamin Shaklee MAHAL la...untuk orang kaya je..saya beli kat farmasi je.." Betol ke statement ni? Sedangkan bila dibanding2kan betol2..

SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER  YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS.. vitamin Shaklee jauh lebih murah dari vitamin lain bila DIBANDING dengan KUALITINYA~ Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...kalau begitu saya cuba terangkan kenapa &mengapa saya sanggup melabur untuk kesihatan kami sekeluarga ..Sudah bertahun lamanya saya mengambil pelbagai jenis supplement..tetapi tiada sebarang perubahan yang saya rasakan..Oleh kerana semua perkara diatas saya betul2 teliti maka kami sekeluarga membuat keputusan memilih vitamin natural Shaklee yang sudah 50tahun dipasaran dunia dan memberikan kesihatan kepada Jutaan penduduk di dunia sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya akui bahawa vitamin Shaklee nie mem...