Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

3 tips pengurusan "nilai emas" anda...iaitu masa

Pagi ni saya sembang2 pasal pengurusan masa kat grup FB saya...sebab ramaii yang cakap tak cukup masa...ok...on top of that, saya nak share la something pasal untuk nak uruskan masa dengan lebih baik..saya pon masih dalam proses memperkukuhkan time management saya...Sebab tulah bukak balik tips ni...hehee...Jom baca di bawah ni... Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan seseorang. Ini kerana orang yang berjaya menguruskan masa pasti akan memperoleh kehidupan yang seimbang. Mereka berjaya untuk memperuntukkan masa terhadap diri sendiri dan juga untuk orang lain. Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan pengurusan masa yang baik? Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan - Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus.  Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa ...

Rahsia awet muda dan pahala tanpa ada investment ~ Senyuman

Pagi ni...saya nak share pasal khasiat senyumm...hehe..ramai yang tahu..tapi tak salah kalau saya cakap..ramai jugak yang masih belum tahu..:) Saya blogwalking tadi..jumpa lah blog ni...jemput baca..sharing from heart..share the love...sharing is caring... 1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim. 2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak. 3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4.  ...

3 amalan Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh Jibril Alaihissalam

Malam satu muharam hari tu, saya ada dengar kuliah di surau berhampiran dengan rumah. Saya rasakan ia satu rahmat yang cukup besar buat saya. Ye, ia satu point yang saya tak boleh dinafikan. Terima kasih banyak2 buat suami tersayang yang ajak saya ke kuliah maghrib malam tu.. Ustaz bagi tips bagaimana untuk kita nak istiqamah dalam segala amalan kita. Ustaz bagi 3 benda ni je..Ustaz dapatkannya dari guru beliau di Mesir..dan ini disampaikan dari guru2 besar sebelum ini...yang sumber asasnya dari Rasulullah kepada sahabat2 baginda..Rasulullah ambil dari Sayyida Jibril alaihissalam...apa amalan itu? 1. Isitghfar 100x. Cukup dengan astaghfirullah 2. Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w 100x. Allahumma solli 'ala Muhammad. 'Abdika warasulika nabiyyilummi wa'ala alihi wasallim. 3. Klimah tauhid lailahaillallahu wahdahu laa syarikalah. lahu mulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai in qodir. لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدي...