Masa saya sekarang ini memang perlu di isi dengan pantas, perlu menaip dengan laju untuk memaksimumkan penggunaan masa. Jom saya kongsikan Tips Pantas utk Penyusuan Badan yang Berjaya. BERSABAR Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau seselesa yang anda jangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan bayi anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan satu sama lain. TERATUR Bayi anda belajar dan mengamalkan teknik penyusuan badan yang betul melalui pengalaman penyusuannya. Ini bermakna bahawa adalah sangat penting untuk anda meletakkan bayi dipayudara setiap kali menyusunya. Apabila kedua2 payudara dan botol diberikan pada masa yang sama, bayi akan keliru dan mungkin menolak payudara. Perkara terbaik adalah untuk mengelak dari menggunakan puting selama sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama. KEYAKINAN Yakinlah yang bayi anda mendapat susu yang mencuku...