Nenek nenek si bongkok tiga… siang mengantuk malam berjaga… Bongkok… adalah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah? Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua. Maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan, dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan. Bagaimana? Salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya! Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian, dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan? OK sebelum itu, apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN...