Ok semua..saya nak share dengan anda ni...soalan yang sentiasa atau paling kerap ditanya waktu hamil. Soalan pertama: Mama: Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekaligus menyukarkan kelahiran? Dr Rafi: Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu, bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes. Soalan kedua: Mama: Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hb tetap rendah? Dr Rafi: Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupon sudah ambil suplimen dan makanan yang boleh menambahkan darah. Soalan ketiga: Mama: Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean? Dr