Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

KAROTENOID- Sumber Antioksidan Semulajadi TERBAIK!

Selama bertahun lamanya ahli-ahli sains mengkaji khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran serta kepentingannya terhadap kesihatan. Dan penemuan terbaru telah membongkar rahsia sains fitonutrien bagi mencapai tahap perlindungan antioksidan yang maksima. Fitonutrien merupakan sebatian yang terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan tertentu. Fitonutrien terhebat yang digelar karotenoid didapati dapat membekalkan tubuh dengan perlindungan antioksidan yang amat mujarab. Pencemaran alam, pendedahan kepada sinaran cahaya matahari, stres malah metabolisme biasa boleh menghasilkan radikal bebas yang akan merosakkan sel-sel dan DNA pada tubuh kita. Manakal, antioksidan berupaya membantu melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas. Oleh itu, kita memerlukan perlindungan antioksidan yang lebih pada zaman ini berbanding dahulu! Karotenoid- krotenoid ini mempunyai kesan dalam jangkamasa panjang terhadap kesihatan mata,prostat,serviks, paru-paru dan jantung. 1) A...

Kesihatan tulang dan sendi~ Jangan dipandang remeh

Tulang-tulang merupakan kerangka bagi menyokong tubuh, melindungi organ-organ penting dan membantu dalam penyimpanan mineral dan formulasi sel darah. Jadi, mengekalkan tulang yang kuat dan sihat amatlah penting. Gaya hidup tidak sihat dan kurang pengambilan nutrien boleh menyebabkan beberapa ancaman tulang seperti osteoporosis dan osteoartritis. Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana kurangnya ketumpatan tulang dan ia paling biasa dialami di kalangan wanita yang telah monopaus. Osteoporosis merebak secara senyap dan tanpa disedari selama bertahun-tahun. Hanya setelah beberapa tahun kehilangan tulang sahaja tanda-tanda dan gejala-gejala tersebut kelihatan. Osteoartritis pula merupakan penyakit sendi yang biasa dialami apabila tulang rawan sendi rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Akhirnya, tulang-tulang tersebut berlaga menyebabkan kesakitan, pembengkakan, dan kekakuan. Jadi, apakah cara lain untuk mengekalkan tulang dan sendi yang sihat? Di sini ialah beberapa cara mudah ...

Serbuk kolagen~ Lebih dari hanya kolagen!

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata , salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi , hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa. Semakin Berkurangan Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua , semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik,...

1 biji vitamin E bersamaan dengan 1 kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam??

Hari ni...ada yang bertanya mengenai vitamin E dengan saya...hmm...sebelum ni banyak saya share tentang vitamin E  ni. Dan hari ni saya nak share lagi info yag detail berkenaan vitamin E shaklee ni..sebab kalau tak kenal memang tak cinta kan...jom kita berkenalan dengan vitamin E malam ni...^_^ Vitamin E merupakan salah satu vitamin antioksida yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru2, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua. Apakah fungsi utama vitamin E ? 1. Melindungi jantung - Pengambilan vitamin E yang cukup setiap hari berupaya melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 2. Meningkatkan kemampua...

Kepentingan vitamin c-selain untuk kulit cantik dan licin

Bulan ni..Shaklee buat promosi sustained released vitamin C buy 6 free 1. Sebab tu lah ramai yang bercakap mengenai Sustained Released Vitamin C bulan ni:). Sape yang tak rebut peluang ni memang rugilah! Ok..jom kita bincang mengenai vitamin C secara general. Saya pasti semua orang kenal apa itu vitamin C kan? Ala...yang best2 tu...tulah vitamin C...Tapi..adakah kita tahu secara detail apa fungsi vitamin C kepada badan kita sebenarnya...jom kita baca kat bawah ni ye.. Biasa kita dengar Vitamin C boleh mencantikkan dan melicinkan kulit badan seperti yang diperkatakan di dalam media massa: majalah hiburan atau surat khabar , terdapat artis hollywood tidak kurang artis tempatan juga telah mengambil suntikan Vit C untuk kekal jelita. Sejauh manakah kebenaran fakta itu? Vitamin C iaitu juga dikenali sebagai Ascorbic Acid merupakan vitamin yang larut air amat diperlukan kerana ianya tidak dapat dibina secara semulajadi oleh tubuh badan manusia.Oleh yang demikian ianya perlu di...

Jaundis pada bayi baru lahir~Adakah ia merbahaya?

Hari ni saya nak bercerita mengenai jaundis. Yelah, saya baru je melahirkan anak 8 ari yang lepas. Husna ada jaundis sikit. Tapi ia dah berkurang. Jadi memang sah2 la saya cari info pasal jaundis ni kan..hehe..jadi boleh share dengan kawan2 di luar sana. Jemput baca ye. Say petik info ni dari sini . Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir? Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bay...

Kenapa ESP ni hot stuff terutamanya di kalangan wanita?

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP? Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soy a berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat . Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones Dijamin Halal. Ta...

Set Family Wellness~ Suplimen asas untuk permulaan yang sihat

Salam khamis buat semua. Hari ni saya nak perkenalkan set family wellness kepada pembaca blog saya. Apa ye yang terkandung dalam set family wellness ni? Terdapat 4 jenis basic suplimen dalam set family wellness ni. Antaranya ialah ESP, Vita-lea Iron Formula, Sustained Release Vita-C 500mg, dan B Compleks. Set Family Wellness Apa kelebihan set family wellness ni ye? Set ni merupakan suplimen asas untuk permulaan yang sihat di mana ia memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga . Antara kebaikan yang boleh diperolehi dari set ini adalah 1. Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh 2. Membantu anda berasa lebih bertenaga 3. Menguatkan sistem imun anda 4. Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat. Apa fungsi dan kelebihan setiap vitamin dalam set ini ye? sumber Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com...

Cerita saya semasa mengandung,melahirkan dan berpantang anak ketiga

Alhamdulillah...hari ni genap 3 hari saya melahirkan seorang puteri (anak ketiga). Ia satu pengalaman yang sungguh indah untuk dikenang. Walau sakit, tapi ia merupakan penghapus dosa saya. Sakit yang betol2 dalam masa 2 jam memang memberi makna dalam hidup ni betapa besar kesakitan yang ditanggung oleh seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Dan pengalaman ini sedikit berbeza dengan pengalaman melahirkan 2 orang anak sebelum ni..Segalanya laju out of limit..Dan alhamdulillah..suami saya setia berada di sisi semasa di labour room walau anak ketiga ^_^. Ia juga merupakan hadiah teristimewa buat saya dan suami sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-5 pada 14 Julai 2012. Puteri kami lahir sehari selepas hari istimewa itu....Terima kasih ya Allah.. Fresh baru deliver pada 15.7.12, 1.29pm-di labour room Sehari selepas bersalin, ada adik junior visit saya di hospital..benda pertama dia utarakan adalah, 'saya tak nampak akak macam baru bersalin..last week saya...