Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan tentang Kesan Glisemiks indeks kepada kesihatan kita. Setiap makanan ada tahap glisemik indeks tersendiri.
Sebelum tu, kita fahami dulu apa itu Glisemik indeks ye.
Inilah carta glisemik indeks. Glisemik indeks adalah pengukuran kadar penggulaan. Dalam menilai glisemik indeks, kita nak tau berapa cepat karbohidrat yang kita ambil tu tukar kepada glukosa dalam darah. Jika ia sangat cepat, kita panggilnya sebagai glisemik indeks yang tinggi. Glisemik indeks menentukan kesan paras insulin di dalam tubuh. Jika kita secara konsisten ambik makanan glisemik indeks tinggi, ia boleh menyebabkan kita ada rintangan insulin untuk jangka masa panjang. Dalam pemilihan karbohidrat, kita kena pilih makanan yang rendah glisemik indeks untuk tujuan mengawal berat badan kita, elakkan masalah rintangan insulin dan membantu dalam pengawalan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
Ilmu ni penting untuk buat kita tau makan karbohidrat yang sihat untuk elak gula tinggi dalam darah, yang menjadi penyebab utama kita cepat lapar, asyik makan dan naik berat badan yang akhirnya menyebabkan kita ada masalah terlebih berat.
Contoh glisemik indeks tinggi adalah roti putih (90-100), gula (70), nasi putih (80-90). Yang lebih dari 70 miliki glisemik indeks yang tinggi dan ia tidak bagus kepada kesihatan. Dan ni lah yang kita duk makan setiap hari. Bila gula tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan keradangan pada sel badan kita dan mengganggu saraf kita. Dan ia bukan sesuatu signal yang bagus. Sebab tulah insulin dirembeskan oleh pankreas dengan sangat cepat untuk turunkan kadar gula dalam darah.
Apabila kita ada tinggi gula dalam darah, gula ni akan ditolak ke dalam sel lemak. Itulah yang menyebabkan kita alami masalah lebih berat badan. Kerana kita ambik banyak sangat karbohidrat yang miliki glisemik indeks yang tinggi.
Bila ada gula yang tinggi, insulin akan turunkan paras gula dengan cepat.
Inilah dia yang berlaku apabila kita ambil makanan yang tinggi glisemik indeks. Tinggi gula naik dan menurun pun dengan mendadak. Tu yang lepas makan nasi setengah jam, kita mengantuk habis. Sebab gula dalam darah diturunkan dengan mendadak la tu.
Makanan dengan indeks glisemik yang rendah pula mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar gula dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan indeks glisemik rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak kepada pesakit-pesakit diabetes atau kencing manis, juga membantu mengawal nafsu makan, melambatkan rasa lapar dan mengawal berat badan pesakit.
Indeks glisemik menunjukkan jenis karbohidrat yang terkandung dalam makanan, bukan jumlah karbohidrat. Peningkatan kadar gula dalam darah dipengaruhi oleh dua faktor iaitu jumlah dan jenis karbohidrat yang diambil. Jadi bagi pesakit kencing manis atau diabetes, bagi mengawal penyakit hendaklah mengawal kedua-dua aspek ini.
Indeks glisemik menunjukkan jenis karbohidrat yang terkandung dalam makanan, bukan jumlah karbohidrat. Peningkatan kadar gula dalam darah dipengaruhi oleh dua faktor iaitu jumlah dan jenis karbohidrat yang diambil. Jadi bagi pesakit kencing manis atau diabetes, bagi mengawal penyakit hendaklah mengawal kedua-dua aspek ini.
Boleh dengar lagi detail dari youtube Dr Norman.
Salah satu keistimewaan ESP adalah memiliki Indeks Glisemik yang rendah, sekitar 39 dan menjadikannya sesuai untuk semua meskipun kepada penghidap penyakit kencing manis atau diabetes.
Sebab tu ESP ni sangat baik untuk diambil setiap hari, lagi lagi sewaktu kita berpuasa di bulan Ramadhan, dan buat intermittent fasting, mahupun sarapan seperti biasa.
Ini 7 sebab kenapa kita pilih ESP
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.
Join kami ye.
Register di sini
Best Regards,
Nur Zahirah
SID 846816
No tel: 0139422527
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader and Master Coordinator
Comments