Skip to main content

Bagaimana Protin boleh pengaruhi hidup anda?

Selamat pagi kepada semua...salam sihat saya ucapkan...semoga anda semua terus diberikan nikmat sihat yang berpanjangan dari Pencipta yang satu...Pagi ni saya nak cerita tentang protin..hihi...sebab saya baru baca beberapa artikel berkenaan protin ni...Jom kita baca sama2 untuk penambah ilmu kita...Saya amik info masa blog walking tadi dari dua sumber ni... sini dan di sini. :)

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Protin terdiri daripada gabungan unsur2 karbon, fosforus, hidrogen,sulfur, oksigen dan nitrogen.

Penggabungan sebatian-sebatian ini akan memberikan kesan yang berlaian. Hasilnya molekul protein ini dapat menghasilkan enzim, hormon, otot, organ dan pelbagai tisu lain didalam badan anda. Terdapat 2 jenis asid amino:
  1. Asid Amino Tidak Penting (non-essential) yang boleh dihasilkan sendiri oleh diri anda
  2. Asid Amino Penting (essential) yang tidak dapat dihasilkan oleh diri anda dan ianya hanya boleh dihasilkan dari makanan yang anda ambil.
Walaupun nilai kalori per gram bagi protein ini tinggi sedikit berbanding Karbohidrat, tetapi makanan Protein ini lebih mudah diurai oleh tubuh dan tidak disimpan menjadi lemak. Sebaliknya jika anda makan makanan berprotein ia dapat menambahkan lagi otot-otot anda.

Protein ini boleh diperolehi daripada 2 sumber utama, iaitu sumber protein dari haiwan dan sumber protein dari tumbuhan.

Sumber Protein daripada Haiwan – Ia membekalkan Asid Amino Penting. Protein-protein sebegini boleh didapati dari:
  • Daging Merah (Lembu dan Kambing)
  • Daging Putih (Ayam)
  • Ikan (termasuklah minyak ikan)
  • Telor
  • Hasil tenusu
Sumber Protein daripada Tumbuhan -Protein yang dihasilkan oleh tumbuhan mengandungi banyak asid amino. Protein-protein sebegini boleh diperolehi dari:
Legume (kacang peas, kacang hijau)
  • Bijirin
  • Kekacang
  • Bijian
  • Produk soya (tempe)

Adakah Kedua-dua Jenis Protein Ini Memberi Sumbangan Yang Sama?

Dari segi kesihatan anda digalakkan supaya memperbanyakkan mengambil protein tumbuhan berbanding protein haiwan. Kebanyakkan protein haiwan mengandungi lemak tepu ataupun perlu dimasak menggunakan banyak minyak. Banyak kajian mendapati pengambilan daging merah serta daging yang siap diproses akan meningkatkan risiko kanser usus dan perut.

Mana kala sumber protein yang diperolehi daripada tumbuhan, mengandungai rendah lemak serta menyumbang kepada kandungan serat yang tinggi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain itu, protein dari tumbuhan juga baik untuk kesihatan kerana dapat menghalang pelbagai penyakit. Contohnya antioksida yang terdapat pada kacang soya dapat menghalang penyakit kanser.

Di bawah ini kami menyediakan satu jadual kandungan protein di dalam makanan.

Jenis makananSaiz hidanganBerat (g)Kandungan protein (g)
Taukua goreng1 keping9015
Tauhu1 keping kecil1209
Kacang soya1/2 cawan728
Tempe1 bungkus406
Lentil1/2 cawan806
Kacang merah1/2 cawan1026
Kacang kuda1/2 cawan666
Kacang panggang1/2 cawan954
Kacang pis (tin)1/2 cawan682
Thosai1 keping606
Vadai1 keping403
Mi1/2 cawan602
Makaroni1/2 cawan592
Nasi1/2 cawan511
Roti
(gandum lengkap / wholemeal)
1 keping283
Roti
(putih / sandwich)
1 keping252
Kentang1 sederhana1102
Keledek1 kecil1142

Nota: Kesemua makanan di atas adalah makanan masak (kosong – tidak dicampur bahan-bahan lain) dan cawan sukatan yang digunakan adalah cawan 200 ml.

Pengambilan protein ini amat penting bagi pembentukan otot serta membaik-pulih tisu-tisu otot yang telah rosak. Dengan kata lain ia amat penting bagi pembentukan serta perkembangan tubuh anda. Adalah lebih mudah untuk membakar lemak bagi mereka yang berotot jika dibandingkan dengan mereka yang kurang berotot.

Selain itu, melalui protein ini juga sistem pertahanan badan anda (immune system) iaitu ‘antibody’ terhasil. Tanpa adanya antibody ini, diri anda akan mudah terdedah dan diserang dengan pelbagai penyakit. Sebab itu anda digalakkan supaya mengambil protein di dalam menu anda.

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan

Antara kepentingan protein yang lain adalah

  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.

Dan ini suplemen protin pilihan saya..


  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
ohhh.. saya sangat cintakan ESP....Bagaimana dgn anda?

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut...

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

Mealshake boleh menghilangkan sembelit kepada kanak2

Hari ni, makanan budak2 banyak tak sesuai di pasaran. Sebagai contoh "chickedih"..saya pon tak tau orang lain panggil apa. Hehe. Sebab kalau orang kelantan panggil macam ni la kalau makanan merapu. "Chikedih" ni pulak rasa dia memang sedap. Mana tak sedapnye, sume benda yang tak sihat masuk dalam tu. Kandungan kolestrol tinggi, gula tinggi, garam lagiiila tinggi. Jadi ibubapa perlu mengurangkan atau tak ambil langsung benda2 macam ni untuk anak2. Bila tengok dari segi pemakanan yang tak betol, memang bagi kesan yang buruk kepada anak. Jadi anak2 perlukan supplimen atau vitamin yang baik untuk memastikan mereka ni diberi keperluan vitamin secukupnya demi memastikan mereka sentiasa sihat. Malam ni saya nak kongsikan berkenaan MealShake. Ni emel dari teman saya atau pon housemate saya kat kampus dulu. Saya pernah buat entry pasal ni dulu, tapi pada masa tu belom detail lagi. Jom kita baca komen Husni tentang anaknya setelah mengambil Mealshake. Salam kak ira, Ingat