Skip to main content

Rahsia Protein...It is a basic science...semua orang tahu..tapi mungkin ada yang lupa

Salam sejahtera kepada semua...Wah3..lama betol saya tak sentuh blog kesayangan saya ni kan..huhu..hampir 3 minggu...tapi insyaallah lepas2 ni tiap2 hari saya update blog saya ni..hehe..terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca info di blog saya ni. Tiada paksaan dalam membeli sebarang produk yang saya jual..yang penting kita dapat ilmu tentang satu perkara baru setiap kali kita membaca info dari mana2 lah kan. Saya dengan sukahatinya dan rasa bertuah dan syukur alhamdulillah sekiranya pembaca di luar sana dapat imu dari penulisan saya ni walaupon saya ade amik info dari orang lain jugakk...

Malam ni saya nak share tentang ESP...banyakkk sangat saya nak share pasal ESP ni...Ia adalah protin yang bagi saya sangat hebat..tapi malam ni cerita sedikit dululah ye..baru start balik enjin katakan..hehe...Saya petik dari blog kak cery, sususejat.com dan mommamia.. Thanks semua di atas perkongsian. Jom kita baca pelan2...untuk tahu info napelah protin ni pentinnggg sangat untuk badan kita..

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.
  1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
  2. Metabolisma (otot)
    Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.
    Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
  3. Metabolisma (pencernaan)
    Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
    Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
  4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
  5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.
Dan ini suplemen protin pilihan saya..
Hot.. Popular.. Marvellous..
                                                    ShakleeEnergizing Soy Protein (ESP)

 
  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
ohhh.. saya sangat sukakan ESP....Bagaimana dgn anda? Tiap hari saya dan suami ambil ESP demi mendapatkan kesihatan yang baik. Sebab sel badan kita perlukan ESP. Jadi bagaimana dengan anda?
_______________
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sila contact saya di 013-9422527/ zahirahhafizan@gmail.com utk sebarang pertanyaan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

10 Idea Menu Sahur Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.  Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 idea menu sahur sihat.  1. Nasi lemak Haha mesti pelik. Nasi lemak tu menu sihat ke? Ye, ia menu sihat sebenarnya. Sebab santan boleh buat kadar glisemik indeks di dalam nasi (karbohidrat) menurun dan ia menjadi makanan yang berglisemik indeks rendah. Kan saya pernah share di post sebelum ni tentang glisemik indeks. Boleh baca di sini ye.  2. Nasi kebal dan sup ayam bersama cendawan Sedapnyaaaa menu ni kan? Sape suka cendawan jugak macam saya? Ehhe. Slurp slurppp minum sup tu. Fuhhh. Lazat! Ayam pulak sumber protin yang baik. Cendawan pun bantu dalam penurunan berat badan tau.  Nak buat camne nasi kebal? Haa saya share di post ini. Nasi kebal adalah nasi putih yang miliki glisemik indeks yang rendah. Jadi ia sangat sihat untuk kita amalkan setiap hari ye.  3. Nasi putih dengan telur sambal Fuhhhhh. Resepi nasi putih kita memang amal nasi kebal. Kemudian, telur sambal ni, ki