Skip to main content

Kasih buat seorang ibu dan ayah...memudahkan ibu dan ayah untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik bersama vivix

Alhamdulillah...pagi ni saya dan suami sempat menjamah kurma dan performance drink serta ESP semasa bersahur tadi walaupon bangun jam 4.50pagi. Anak2 kami turut jaga untuk "bersahur" upin dan ipin. Budak2 sekarang..tapi nak kena kita dulu tengok upin ipin tu baru lulus nak bagi diorg tengok..Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa. Laju betol kan masa berlalu. Saya masih dapat puasa sepenuhnya walaupon turut menyusu dan expressed milk kat ofis. Hari ni saya nak bercerita mengenai mak dan ayah saya di kampung.

Sehari sebelum berpuasa, mak ada telifon saya. Mak cakap..lutut ayah makin membengkak..sekarang ayah macam dah ada 2 lutut. Ayah dah tak boleh solat sambil berdiri sbb ia sangat menyakitkan. Kalau sujud pon..lambat sangat nak bangun balik. Kat rumah saya takde tandas duduk. Semua tandas mencangkung. Ayah nak kencing pon kena pakai kekuda. Bila saya dengar, saya sangat kesian. Sedih sangat bila ayah yang banyak berkorban untuk saya menderita macam tu. Saya selalu jugak tanya kaba pasal lutut ayah. Tapi ayah cakap dah ok. Tapi sekarang ia makin semakin tak ok. Dulu ayah amik ubat yang doktor bagi. Doktor dah suggest untuk ayah buat pembedahan lututnya tu. Tapi ayah tak nak. Kalau saya pon tak nak jugak operate lutut. Mak pulak cakap badan dia sangatla mudah penat. Sakit belakang, bahu..tapak kaki..sume sakit2. Yelah, mak lahirkan 8 orang anak. Setiap 2 tahun pulak tu. Badan memang sentiasa penat la.

Dulu saya pernah nak bagi mak ayah amik vitamin..tapi diorang ni jenis yang susah nak amik tablet mahupon cecair. Pastu banyak betol alasan bila saya cakap nak bagi supplimen demi kesihatan mereka. Hehe..biasalah kan orang tua..tapi kali ni mereka sendiri request. Jadi diorang tak banyak soal..Ikut je suggession saya:)

Saya terus buat order vivix untuk mak ayah guna sepanjang Ramadhan.
Ayah dan mak terus mencuba vivix tu sebelum tidur seperti yang saya sarankan. Esoknya alhamdulillah ayah tak rasa sangat sakit di lututnya. Mak pulak merasa sangat segar walaupon berpuasa sambil menjadi babysitter kepada 2 orang kanak2. Sampai boleh pergi sapu seluruh laman rumah. Ada orang tegur,"kak ani tak puasa ke hari ni? Saya tengok dari tadi duk mencabut rumput tu puasa2 ni". Lenguh2 badan mak pon berkurang. Tu baru makan sesudu teh. Banyak nye bagi kesan kepada kesihatan mak ayah saya. Ayah pulak boleh buat solat terawih sampai 21 rakaat tanpa ada masalah walaupon lututnya masih bengkak. Saya tak tahu kesan vivix begitu mendalam dan cepat. Jomlah kita cuba bagi vivix kepada mak ayah kita. Kesihatan mereka tak dapat diganti dengan duit. Kalau mereka sakit makin teruk, lagi banyak duit yang akan dihabiskan kan? So lebih baik kita ambil tindakan cepat2 sebelum terlambat. Lagipon mak ayah kita banyaaakkk sangat berjasa kepada kita. Apa salahnya kita membalas jasa mereka dengan berikan vivix kepada mereka. Duit boleh dicari, tapi mak ayah kita tiada gantinya. Kita pon tak tahu bila mereka akan kembali kepada Allah kan. Jadi selagi mereka masih bernyawa, berikanlah yang terbaik bagi mereka. Kalau dulu kita sakit, mereka tak tidur pon.


Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms ke 013-9422527 untuk mendapatkan harga yang istimewa serta konsultasi percuma.

Comments

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee Membantu Kekalkan Prestasi Kita

S haklee telah menyediakan solusi lengkap dari waktu sahur hingga moreh yang telah dicadangkan oleh ahli pemakanan kami untuk memastikan anda dapat berpuasa dengan sihat dan selesa serta memberikan anda Ramadhan yang lebih produktif dan bermakna. Jom Berpuasa Dengan Shaklee! Ianya Semudah 1-2-3! 1. Rasa Kenyang Shake yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut. Ia adalah minuman yang rendah glisemik indeks , yang membantu dalam memberikan kita kenyang yang lebih lama dan lebih sihat. Cinch Shake Shaklee juga membantu dalam pembinaan otot yang lebih baik dan bantu dalam proses penurunan berat badan.  3 perisa berbeza: Coklat, Latte, Vanila Makan dengan bijak, Shake dengan sihat. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya. Cinch ®  Mixed So

Promosi Shaklee Mac 2023

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya nak kongsikan tentang Promosi Shaklee Mac 2023.  1. Cinch Shake Promo   Harga jual biasa RM190 setong. Tapi sekarang RM200 untuk 2 tong. Ambik 2 set, boleh dapat FREE POSTAGE dan FREE MEMBERSHIP . Jimat sehingga RM405 bila ambik 2 set ni dan tambahan 8uv je lagi.  Cinch Shake ni ada 3 perisa. Boleh nak pilih gabungan perisa yang mana. Kalau tanya saya, tiga-tiga perisa ni saya suka. Boleh gabung gabung time minum nanti kan? Kenapa Cinch Shake ni best? Haa nanti saya share di lain post okeh.  Promosi Shaklee Mac 2023- Cinch Shake Jimat RM405 2. Set Puasa Shaklee  Set Puasa Shaklee ni mengandungi ESP, Cinch Shake coklat dan juga Performance Drink Lemon. Ramai sangat yang sukakan set puasa Shaklee ni. Kalau tahun lepas, cepat sungguh habis set ni tauuu.  Harga biasa RM325, Tapi harga sekarang hanya RM260 saja. Kalau amik 2 set, boleh dapat FREE MEMBERSHIP dan FREE POSTAGE , jimat sehingga RM175 . Wow!! Set Puasa Shaklee Promo Mac- J

Intermittent Fasting Bantu Reverse Health

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan kawan. Apa khabar ye? Hari ni saya nak kongsikan tentang intermittent fasting. Glamor kan intermittent fasting ni. Singkatan dia IF.  Apa tu intermittent fasting? Intermittent fasting ni secara bahasa mudahnya adalah kita makan ikut waktu yang kita boleh makan sahaja, bukan setiap masa kita boleh makan. Dalam intermittent fasting ni ada 2 window. Iaitu fasting window dan eating window. Kita hanya boleh makan semasa eating window. Waktu fasting window tu kita berpuasa tapi boleh minum air. Kiranya kita berpuasa basah. Bukan macam puasa di bulan Ramadhan.  Permulaan untuk intermittent fasting ni untuk orang yang belum biasa berpuasa adalah selama 12 jam. Dan ia fleksible, namun kena bijak. Janganlah pulak eating window time malam. Bila mau sihat kan? Hehe.   Sebab badan kita hadam makanan yang baru kita makan tu dalam masa 3 jam. Jadi biar kita last makan pun selama 3 jam sebelum tidur sekurang kurangnya. Kalau 12 jam buat intermittent fasting, bole