Skip to main content

Apa rahsia vivix sebagai penyembuh?

 Credit

Harini saya nak share tentang satu2nya produk shaklee ala ala magic potion yang jarang saya share di blog ni... VIVIX SHAKLEE.....kalo nak belikan utk parents atau hubby tersayang..yes..you are welcome tu..tapi mari kita baca testimoni2 pengguna vivix.... semalam seorang teman saya di office telah membelinya untuk ibunya...nnt kita tunggu testimoni beliau.. for the time being..kita baca testimoni org lain dulu... dan segala2nya tentang vivix.. (sumber rujukan here dan here)


Bahan-bahan Utama Vivix™ dari Ekstrak botani

1)Polygonum Cuspidatum
Sumber yang unggul bagi Resveratrol
•Akarnya ("He Sho Wu") kaya dengan kandungan resveratrol
•Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun
•100% semulajadi
•Min. 98% tulen
•100% bebas emodin = Selamat dan Mudah diterima oleh tubuh

2)Anggur Muscadine

Lebih Kromosom : 20 berbanding 19 kromosom- Membantu melanjutan usiaØ
Kuasa Antioksidan- 40 X lebih tinggiØ
Polifenol yang penting dalam Anggur Muscadine : Elagik Asid, OPCs (oligomerik proanthocyanidins)Ø
& Kuercetin
anti-kanser, antioksidan, anti-inflamasiØ


Kebaikan Polifenol Anggur Muscadine
Anti-kanser
Menyokong kesihatan sendi
Mengurangkan kedutanü
Mengurangkan risiko penyakit jantungüMengurangkan komplikasi diabetesü
Mengurangkan risiko bronkitisü & penyakit lelah
3)Elderberi Eropah

4)Lobak Ungu

Mengandungi polifenol Anthocianin yang amat berkuasa untuk:
Antioksidan
Anti-inflamasi
Agen Anti-bakteria
Mengurangkan kolesterol Kebaikan kesihatan

Meningkatkan fungsi imun
Meningkatkan penglihatan visual
Antibiotik semulajadi

Melindungi daripada penyakit jantung
KEBERKESANAN


Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.10x ganda lebih hebat dari resveratrol


Rahsia:Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser
okey...cukup dah tentang fakta mengenai Vivix Shaklee...sekarang baca artikel dari harian metro mengenai Vivix
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/01/22

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran. Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.
Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.



Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.
Testimoni 1~puan fiza
Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan.

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee.
Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang. ...............


testimoni 2
nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia. Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.

Hari ketiga saya ada majlis yaasinan ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterimakasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar..Pn Norimah can be contacted at :Norimahoth@gmail.com
dan banyak lagi testimony di page ini yer http://www.renewyourbody.net/1999/01/ini-test-muka-surat.html


bestkan vivix shaklee ni..jgn risau.ni bukan supplemen beracun..hehe..jika berminat utk dibeli utk diri sendiri atau utk parents atau utk pasangan tersayang..do contact me at 013-9422527 atau email di zahirahhafizan@gmail.com.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

10 Idea Menu Sahur Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.  Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 idea menu sahur sihat.  1. Nasi lemak Haha mesti pelik. Nasi lemak tu menu sihat ke? Ye, ia menu sihat sebenarnya. Sebab santan boleh buat kadar glisemik indeks di dalam nasi (karbohidrat) menurun dan ia menjadi makanan yang berglisemik indeks rendah. Kan saya pernah share di post sebelum ni tentang glisemik indeks. Boleh baca di sini ye.  2. Nasi kebal dan sup ayam bersama cendawan Sedapnyaaaa menu ni kan? Sape suka cendawan jugak macam saya? Ehhe. Slurp slurppp minum sup tu. Fuhhh. Lazat! Ayam pulak sumber protin yang baik. Cendawan pun bantu dalam penurunan berat badan tau.  Nak buat camne nasi kebal? Haa saya share di post ini. Nasi kebal adalah nasi putih yang miliki glisemik indeks yang rendah. Jadi ia sangat sihat untuk kita amalkan setiap hari ye.  3. Nasi putih dengan telur sambal Fuhhhhh. Resepi nasi putih kita memang amal nasi kebal. Kemudian, telur sambal ni, ki