Skip to main content

Saat jatuh cinta dengan blog

Alhamdulillah..hari ni saya boleh menulis kembali..teringin nak menyingkap memori saya berkaitan blog. Rasanya ia bukan sesuatu yang janggal bagi kebanyakan orang lain. Tapi ia bermula dengan janggal bagi saya.

Saya menyingkap kisah bagaimana saya mula berblog ye. 

Saya suka membaca daripada blog-blog orang lain sebelum tu. Banyak masa saya habiskan dengan membaca info dan pengalaman orang lain di blog. Saya macam rasa terpukau. Dan terus baca dan baca blognya. Ia lebih kepada kehidupan realiti dan bukannya sembang-sembang kosong. Maksudnya post yang ada "isi" dan maksud tersirat atau tersurat yang nak disampaikan. Terdetik di hati, apakata saya pon menulis juga. Tapi nak tulis apa? Saya tiada sesuatu yang menarik dalam hidup yang nak diceritakan di waktu itu. Nak tunjuk gambar anak-anak kat blog pon malu. Saya takut orang kenal kami. Kalau boleh, nak semua orang anggap tiada kewujudan kami. Sebabnya kami nak hidup bebas cara kami.

Sebenarnya mindset begini sangat lah pentingkan diri sendiri. Kerana saya miliki kelebihan tersendiri dengan berkongsi dengan orang lain. 

buah hati saya


Sehinggalah saya jadi ahli shaklee pada jun 2011. Ia bagaikan "menolak" saya ke depan. Untuk saya mulakan langkah menulis. Memang buntu. Nak tulis apa. Bagaimana ayatnya? Kebanyakannya memang tersangkut di tengah jalan. Saya belum pernah menulis di blog mahupon di mana-mana sebelum ini. Jadi, ini pengalaman pertama saya. Malu? Ye saya malu. Sebab macam kartun je menulis. Saya dapat rasakan apa saya tulis tu saya sendiri tak berapa faham. Hehee.

Tapi, usaha akan membuahkan hasil. Saya belajar menulis dari hati. Perfect practice will make perfect. Itu yang saya pegang. 


berjaya


Ye, saya menulis selepas mula terlibat dengan bisnes online. Bila kita berbisnes, fikiran kita semakin bercambah banyakk idea. Kita semakin berani untuk mencuba walau kita tidak tahu apa hasilnya nanti. Yang kita tahu adalah kita akan berjaya walau bagaimana pon. 

Saya rujuk kepada 3 blog masa awal-awal bisnes dulu. Blog-blog ini banyak mengajar saya bagaimana cara menulis. Saya hanya tidur 2 jam untuk khatamkan baca segala post di blog mereka. Setiap ayat saya baca. Macam orang nak exam. Sebab saya mahu semuanya saya tahu dengan segera. Mereka adalah blog kak cery, kak laila dan juga kak N. 

Yang saya ambil adalah menulis dari hati. Kerana ia akan jatuh juga ke hati. Ye, saya berbisnes shaklee. Tapi lebihkan kepada berkongsi maklumat dan pengalaman yang dah dilalui dalam shaklee. Bagaimana pengalaman pengambilan suplimen, bagaimana pengalaman alami healing crisis, bagaimana mahu mendapatkan bonus yang besar dalam shaklee kerana saya dah lalui semuanya dalam shaklee.

Saya bermula dengan mengajak orang datang ke blog saya. Saya buat blogwalking sehari minimum 5 blog. Saya sediakan ruang untuk "tetamu" dari blog lain untuk hadir ke blog saya. Walau blog saya comot je (dulu lagi comot tau hehe), tapi tetap akan ada pengunjung blog saya setiap hari. Alhamdulillah.

Saya akan update blog setiap hari. Sebelum ke ofis pagi-pagi, saya akan update blog saya. Dan terus saya letak link di facebook untuk mengajak visitor datang ke blog saya. Masa tu saya tak tahu pasal seo ke apa. Yang saya tahu, hanya menulis dari hati. Ia pasti akan jatuh ke hati. Saya miliki keinginan yang cukup tinggi. Saya akan pastikan rutin harian saya bermula dengan menulis blog. Masa tahun 2011, memang hari-hari saya tulis post di blog. Saya rasa tidak lengkap hari saya tanpa menulis di blog. Jika saya termiss disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, saya akan "denda" diri saya dengan membuat tarikh yang sama dengan sepatutnya saya post di blog. Jadi, saya mesti gandakan post saya jika saya tertinggal. Begitu juga dengan blogwalking. Saya akan "qada" kerja blogwalking saya. Jadi, saya akan serik untuk mengabaikan hari berlalu tanpa post di blog saya. Kerana penat sangat bila kena "denda" diri sendiri. Hehe. Tapi itulah cara orang yang ingin berjaya dan saya amalkannya. Alhamdulillah



sikap orang berjaya


Bagaimana bisnes saya? Ye, bermula dari bulan pertama lagi, memang pelanggan saya datang daripada blog. Dan kami terus berhubung dari masa ke masa. Begitu juga saya wujudkan grup Legasi Anugerah Terindah. Kebanyakan 1st level saya adalah daripada blog. Begitulah saat saya mula jatuh cinta dengan berblog..



Legasi Anugerah Terindah

Saya suka menulis di blog. Kerana saya suka bercerita secara bertulis. Saya agak kurang kelebihan apabila bercakap. Tak dapat disampaikan sepenuhnya. Jika berblog, saya suka gunakan emosi saya. Saya ibaratkan saya sedang bercakap tapi ia di alam maya. Kadang-kadang, sambil menulis pon saya boleh tersenyum, ketawa, menangis, mimik muka macam-macam. Emosi saya mengikut apa yang saya tulis. Kerana saya tulis dari hati. 

Tips mudah ingin berblog dengan baik adalah...

Menulislah ikhlas dari hati. Kerana yang membacanya adalah manusia. Bukannya robot. Manusia miliki hati. Jadi, ia akan jatuh ke hati. Di situ lah ukhwah terjalin. 

Sekian kisah cinta saya dengan blog. Harap ia dapat membantu mereka yang sedang mencari-cari halatuju untuk berblog.


Master ira
Zahirahhafizan@gmail.com
Fb: Nur Zahirah
Page: Ira Kecil2 cilipadi
Page group: LATFamilies


Comments

Unknown said…
sangat menarik...
terimakasih master ira...
sentiasa memberi tunjuk ajar
semoga master berjaya kaya dunia dan akhirat..
Lynn Huraiza said…
good sharing master ira...saya berblogging dah lama...lebih dari 5 tahun...kalau dulu bercerita tntg keluarga...kini dah bertambah tntg shaklee juga...
Nana Aris said…
Tq for sharing ira..tips terbaik adalah sharing dari hati..insyaAllah akan dipraktikkan lepas ni
selamat kembali berblog
Azu Naurah said…
Perkongsian yang sangat menarik dan sangat memberi inspirasi kepada sesiapa yang masih tercari-cari identiti sendiri untuk berblog...TQ ira
azunaurah said…
Perkongsian yang sangat menarik dan memberikan inspirasi kepada kita semua...tq ira

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

10 Idea Menu Sahur Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.  Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 idea menu sahur sihat.  1. Nasi lemak Haha mesti pelik. Nasi lemak tu menu sihat ke? Ye, ia menu sihat sebenarnya. Sebab santan boleh buat kadar glisemik indeks di dalam nasi (karbohidrat) menurun dan ia menjadi makanan yang berglisemik indeks rendah. Kan saya pernah share di post sebelum ni tentang glisemik indeks. Boleh baca di sini ye.  2. Nasi kebal dan sup ayam bersama cendawan Sedapnyaaaa menu ni kan? Sape suka cendawan jugak macam saya? Ehhe. Slurp slurppp minum sup tu. Fuhhh. Lazat! Ayam pulak sumber protin yang baik. Cendawan pun bantu dalam penurunan berat badan tau.  Nak buat camne nasi kebal? Haa saya share di post ini. Nasi kebal adalah nasi putih yang miliki glisemik indeks yang rendah. Jadi ia sangat sihat untuk kita amalkan setiap hari ye.  3. Nasi putih dengan telur sambal Fuhhhhh. Resepi nasi putih kita memang amal nasi kebal. Kemudian, telur sambal ni, ki