Skip to main content

Sebelum dan selepas saya consume vitamin Set Shaklee Untuk ibu2 menyusu

Salam bahagia untuk semua,
Pagi ni baru saya berkesempatan nak berkongsi pengalaman saya sendiri berkaitan pengambilan vitamin semasa saya menyusukan anak2 saya..Saya 'berkenalan' dengan Shaklee sejak 3 tahun lepas...Masa tu saya sedang mengandungkan anak sulong saya, Muhammad Hafiz Aiman yang kini sudah berumor 2 tahun 8 bulan. Kak Laila yang mana kawan seofis saya dan juga kawan sebisnes saya yang perkenalkan saya kepada Shaklee. Ni sebab masa tu kak laila sedang fully breastfeed anak dia, Iman Iqbal.(Budak iqbal ni kecik2 memang bum bum la...hihi)..Mula2 kak laila duk potpet2 cerita pasal Shaklee...saya macam buat biasa2 je..sbb saya tak rasa terlalu excited pon..hehe...saya agak seorang yang detail kalau nak beli ape2. Saya buat servey sendiri di Shaklee punya website. Hehe...

After 2 months saya buat servey dan baca2 info dari website Shaklee dan  juga info2 dari kak Laila, saya amik set breastfeeding&berpantang (vitalea, vitamin c, b compleks,zink dan alfafa) serta ESP dan Ostematrix dengan fullpack. Yelah, bila saya dah yakin dengan produk tu berdasarkan knowledge yang saya ada berkaitan produk tu, tak salah kalau saya beli fullpak terus sebab saya nak menyusukan anak saya selama mungkin. Lagipon jauh tu beza fullpack dan trial pack...

Dalam pantang,anak saya kuning sampai 2 minggu. Mak aiiiii...cuak tu tak payah cakapla!! Dah la anak sulong! Saya pulak tiap2 hari nak g jumpa doktor. Sampai doctor rujhan (Paed kat KBMC) dah kenal dah saya ni mak aiman yang kalut.huhuhuhu...tak kisahla..yang penting saya tahu keadaan anak saya direct dari mulut doktor..anak sulong kan...sume benda tak tahu lagi...

Saya start consume vitamin Shaklee pada hari kedua selepas bersalin. Doktor nasihatkan agar saya tak amik ape2 jamu sebab boleh buat anak dapat kuning yang lebih tinggi. Dia sarankan saya untuk amik vitamin untuk penyembuhan luka dengan cepat sebab masa lahirkan Aiman..jahitan saya memangla banyak!! Saya teruskan ambil semua vitamin Shaklee yang dah saya beli siap2 sebelum bersalin. Dan alhamdulillah..luka saya sembuh sepenuhnya dalam seminggu. Takde pedih2 dah..senang saya nak uruskan anak. Yelah,,bukan maknanya lepas luka sembuh tu saya boleh lumba lari terus...hehehe...at least saya dah tak sakit area jahitan luka tu sebab luka dah sembuh 100%. Doc saya cek pon..die cakap luka memang dah sembuh...Dia tanya saya amik ape..saya cakap amik Shaklee vitamin...Bagaimana luka saya cepat sembuh? Sebab saya ambil zink. Zink sangat membantu untuk pulihkan luka dengan cepat. Vitamin C juga membantu pada masa yang sama..

Orang2 yang datang ziarah saya di rumah pon nampak saya segar dan sihat je. Sampai saya boring duk kat katil je..huhuhuhu...So ape keje saya? Pam susu la untuk buat stok! Saya mula pam susu pada minggu kedua selepas bersalin..saya rasa rugi pulak tak mula lagi awl sebenarnya...huhu...Dan alhamdulillah susu saya meriah dengan izin Allah...Bdan saya sihat, mood saya ok dalam masa berpantang, anak saya pon sihat.

Malah sekarang ni pon saya masih menyusukan anak saya yang kedua. Memang konsep supply vs demand tak boleh diabaikan sama sekali walau ambil vitamin. Bila breast kosong, susu akan dihasilkan kembali secara automatic. Bijaknye Allah..Jadi kenalah kerap direct feeding atau pam susu setiap 3 jam bila anak takde dengan kita..Vitamin adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan badan si ibu. Pada masa yang sama, si ibu ber mood elok...ceria...tak sedey2...susu akan lebih mudah untuk keluar..yelah..kalau kita pam susu sambil berlari pon,mana nak dapat susu kan? Kena relek2 je...bayangkan laut..bayangkan benda2 indah..automatik otak kita akan tenang...dan susu lebih mudah untuk keluar..tak kiralah banyak atau sedikit. Bagi saya..saya sangat selesa dengan vitamin Shaklee yang saya ambil sekarang ni...badan saya tak mudah lembik. Saya pernah jugak try tak amik vitamin 2 hari...nak tahula kan..ape beza die..memang lain lah...ni bukan saya nak promote..ni saya nak berkongsi pengalaman saya..kalau orang tak nak percaya, saya pon tak kisah..huhu..

Air yang cukup juga sangat penting untuk ibu yang menyusu.. Saya minum air minimum 3 liter sehari...Sebab apa? sebab vitamin boleh pekatkan darah kita...jadi air sangat diperlukan untuk melancarkan peredaran darah kita....

Dan last sekali..doa dan istiqamah kita dalam amalan kerohanian kita. Doa mintak Allah mudahkan kita dalam penyusuan kita. Niat kita baik..nak susukan anak kita dengan susu ibu...Bukan susu lembu..jadi mintaklah dengan Allah..sebab susu tu milik Allah..Allah bagi pinjam je..jadi kalau nak,mintak dengan 'tuan' susu..iaitu Allah..Allah akan dengar permintaan kita dan kabulkan. Cepat atau lambat tu terserah kepada Allah..Kadang2 Allah nak dengar suara kita banyak2 kali merintih kepadaNya sebab dah lama kita tak bangun malam doa kat dia...mungkin sebab kita solat 5 waktu tapi duk pikir benda lain dalam solat. Marilah kita muhasabah diri kita kembali..bagaimana hubungan kita dengan Allah...

Bagi saya, dengan pengambilan vitamin Shaklee dapat membantu saya menjadi lebih sihat dan cergas serta membantu saya untuk susukan anak2 saya sampai sekarang. Breastfeeding...orang dengar macam senang! Selak je baju bagi anak minum nenen! Sori ye..ia bukan sesenang itu lagi2 bagi ibu yang bekerja macam saya...yang sentiasa travel ke mana saja seluruh Malaysia ni (oversea belom sampai lagi..hehe)...yang keje sentiasa ada meeting dan perlukan fokus kepada setiap tugas...ia bukan senang..lagi2 yang pergi offshore..nak cari pulak tempat nak pam susu (pinjam bilik OIM..huhu) dan simpan stok susu masa kat laut tu..huhu..(selalu tumpang peti aiskrim kantin kat offshore)...ingat mudah ke? ibu yang cekal je dapat buat..klu ibu yang malas nak bawak assessori2 ni gi laut..memang bagi anak minum formula dah la...kenapa nak susukan anak dengan susu ibu??anda sendiri tahu jawapannya!

Bagi saya, alhamdulillah Shaklee membantu saya dalam menjayakan penyusuan saya! Dan ia adalah salah satu usaha yang saya ambil bagi memastikan saya berjaya! Tinggal 9 bulan lagi untuk saya mengepam susu untuk anak kedua saya yang sekarang berumor setahun 3 bulan...semoga usaha saya ni dikira sebagai ibadah di sisi Allah...

Berminat nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms ke 013-9422527 untuk konsultasi percuma.





Comments

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

10 Idea Menu Sahur Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.  Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 idea menu sahur sihat.  1. Nasi lemak Haha mesti pelik. Nasi lemak tu menu sihat ke? Ye, ia menu sihat sebenarnya. Sebab santan boleh buat kadar glisemik indeks di dalam nasi (karbohidrat) menurun dan ia menjadi makanan yang berglisemik indeks rendah. Kan saya pernah share di post sebelum ni tentang glisemik indeks. Boleh baca di sini ye.  2. Nasi kebal dan sup ayam bersama cendawan Sedapnyaaaa menu ni kan? Sape suka cendawan jugak macam saya? Ehhe. Slurp slurppp minum sup tu. Fuhhh. Lazat! Ayam pulak sumber protin yang baik. Cendawan pun bantu dalam penurunan berat badan tau.  Nak buat camne nasi kebal? Haa saya share di post ini. Nasi kebal adalah nasi putih yang miliki glisemik indeks yang rendah. Jadi ia sangat sihat untuk kita amalkan setiap hari ye.  3. Nasi putih dengan telur sambal Fuhhhhh. Resepi nasi putih kita memang amal nasi kebal. Kemudian, telur sambal ni, ki