Skip to main content

Susu badan semakin berkurang

Ramai yang mengadu kepada saya berkenaan masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari:
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasnaya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum.
Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti (tipu, mana ada meeting tak berhenti) dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.
Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.
Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga :)
Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan ;)
Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:

  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA
Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor 

Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.

Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms ke 013-9422527 untuk konsultasi percuma.
 credit

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hubungi Kami

Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.  Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.  Nak join Shaklee untuk berbisnes juga pon boleh direct ke link join ahli okeh. Nak wasap saya personal pun boleh.  Join kami ye. Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816  Best Regards,  Nur Zahirah SID 846816  No tel: 0139422527  Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni sudah 12 Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.  Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.  Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekono

10 Idea Menu Sahur Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.  Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 idea menu sahur sihat.  1. Nasi lemak Haha mesti pelik. Nasi lemak tu menu sihat ke? Ye, ia menu sihat sebenarnya. Sebab santan boleh buat kadar glisemik indeks di dalam nasi (karbohidrat) menurun dan ia menjadi makanan yang berglisemik indeks rendah. Kan saya pernah share di post sebelum ni tentang glisemik indeks. Boleh baca di sini ye.  2. Nasi kebal dan sup ayam bersama cendawan Sedapnyaaaa menu ni kan? Sape suka cendawan jugak macam saya? Ehhe. Slurp slurppp minum sup tu. Fuhhh. Lazat! Ayam pulak sumber protin yang baik. Cendawan pun bantu dalam penurunan berat badan tau.  Nak buat camne nasi kebal? Haa saya share di post ini. Nasi kebal adalah nasi putih yang miliki glisemik indeks yang rendah. Jadi ia sangat sihat untuk kita amalkan setiap hari ye.  3. Nasi putih dengan telur sambal Fuhhhhh. Resepi nasi putih kita memang amal nasi kebal. Kemudian, telur sambal ni, ki